Friday, July 31, 2009

Ulangtahun Kelahiran

Selamattttttt...

Seluruh ahli BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat MakTeh (Wasimah bt. Adnan) pada 3hb Ogos dan buat PakAndak (Shukran bin Adnan) pada 2hb Ogos ini.
Semoga dipanjangkan umur dengan ketaatan kepada-NYA, dipermudahkan urusan serta didekatkan rezki. bersama-sama diberi kesempatan untuk terus mencari keredhaan-NYA.
Diberkati dunia & akhirat.. aminnnn

Monday, July 27, 2009

Pesan berPesan

Dalam Derita Ada Bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Tuesday, July 21, 2009

Lebai Kecil


BAKKAD mengucapkan TAHNIAH kepada Mohd Hakimi bin Hamzah. (ramai orang pangil Ustaz Kimi) Aki dan Uwan lak selalu pangil Lebai Kimi.. Amin.... dengan Izin-NYA mudah-mudahan berkat panggilan yang selalu diseru-seru tu umpama doa maka Hakimi akan begelar Ustaz suatu hari nanti.

Tahniah diberikan kepada Hakimi kerana menang tempat pertama dalam pertandingan AZAN kategori kanak-kanak bawah 12thn.. Dengan kememangan itu dengar ceritanya Hakimi dapat banyak hadiah daripada Mak-mak Saudara dan Pakcik Saudara... wa bolehlah dia beli Kopiah yang dia hajat-hajatkan tu.

Thursday, July 16, 2009

Dulu dan Kini

Bergambar semasa Aidilfitri-1987, Masa ni Mak-mak saudara semuanya masih status kanak-kanak lagi. Hari rayalah hari yang paling dinanti-nanti ketika zaman ni. Seronok sangat bila dapat baju baru dan semua yang baru.

Dan kini dah 22thn berlalu, masa beredar terlalu cepat. Kalau dulu ada yang masih bedukung sekarang dah Muda Belia (dah bejanggut pun), itulah hakikat kehidupan... masa tetap juga berlalu tanpa menunggu sesiapa. Teringat sepatah kata sahabat saya:

"Masa seperti air batu yang diletakan diatas meja, dipakai habis... dan kalau tidak dipakai pun akan habis juga".
Kenanglah kenangan ketika kita suatu waktu dulu.. InsyaALLAH kenangan itu bisa akan membuat kita rasa terhimpun dibawah satu bumbung. Dan bumbung itu adalah KASIH SAYANG.

Wednesday, July 15, 2009

Selamat Panjang Umur

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran
16/07/1972
BAKKAD mengucapkan Selamat dan semuanya selamat buat PakAnjang (SHAMIL BIN ADNAN). Moga panjang umur dengan ketaatan kepada-NYA, dimurah rezki sentiasa diberkati Ilahi serta bertambah Taqwa dan Iman dalam hati dan juga semoga berjaya dalam menempuh hidup ini. Amiinnnn...
Bersyukur atas segala nikmat Allah yang tidak terkira. Punya anak isteri yang sihat sejahtera dan membahagiakan. Punya kerjaya buat menyara hidup dan keluarga. Nikmat ALLAH yang tidak terkata.

Tuesday, July 14, 2009

Syukur Atas Nikmat Usia


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran

12-07-1982

BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat Makcek (AZLIDA BT. ADNAN). Semoga ALLAH murahkan rezki dan dipercepatkan jodoh. Sabar dan kuatkan hati dalam menempuh pancaroba hidup yang semakin hari semakin menuntut kekebalan hati keteguhan iman.

Moga panjang umur murah rezeki

Hidup sentiasa diberkati Ilahi

Meningkat taqwa dan iman dalam hati

Berjaya dalam menempuh hidup ini

Bersyukur atas segala nikmat Allah yang tidak terkira

Punya keluarga dan sanak saudara yang bahagia

Bersangka Baik Sesama Insan

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif, maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja. Jika fikiran sentiasa negatif, bilakah dakwah kita akan menjadi positif?

Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut.

Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.

Mungkinkah sangka buruk tersebut menyebabkan timbulnya persengketaan?
Atau menyebabkan permusuhan?
Atau mungkin menimbulkan rasa benci di hati?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka wahai diriku, wahai saudaraku dan keluargaku, kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Monday, July 13, 2009

Serahkanlah Kepada-NYA

Serahkanlah Segala Urusan Pada ALLAH Maka Hati akan Damai.

Zaman dulu ada yang berkata : “Angin yang datang tanpa dikehendaki oleh Kapal”, dan ini betul. Tidak semua yang diinginkan orang itu boleh diketahui olehnya, dan tidak semua yang dibenci itu keliru. Orang ingin sihat ternyata yang datang sakit, ada yang ingin kaya dan yang datang adalah miskin, tak kurang juga ada yang hendak berjaya tetapi gagal, ada yang ingin tenteram nyatanya malah takut dan gelisah. Yang pasti semua itu adalah takdir dan ketentuan dari ALLAH s.w.t yang harus diserahkan kepada-Nya. Dan mesti diusahakan agar boleh mencegah ketentuan ALLAH s.w.t dengan KEAMPUNAN yang dimiliki, seperti orang lapar dan haus harus mencegah rasa lapar dan hausnya dengan makan dan minum. Atau orang yang memiliki pakaian harus dicegah dengan mengenakan pakaian.

Orang yang miskin harus mencegah kemiskinan dengan bekerja, berusaha keras dan berjuang. Orang yang sakit harus mencegah penyakitnya dengan berdoa dan berubat dengan ubat yang bermanfaat. Dalam keadaan bagitu, orang mukmin menyerahkan perkaranya pada ketentuan Allah s.w.t., RIDHA dengan takdir-Nya. Ia tahu bahawa di sebalik itu semua mengandungi hikmah yang besar yang terkadang tidak boleh difahami oleh akal.

Wahai diri…
Jadilah orang yang menjauh dari kesusahanmu
Dan percayakan semua perkara pada takdir
Nikmatilah kedamaian yang panjang
Maka Kedamaian itu akan Menghiburkan dari peristiwa yang telah berlalu.
Barangkali kesempitan menjadi lapang
Dan lapang boleh jadi sempit
Berapa banyak perkara yang mengeramkan
Bagimu RIDHA pada kesudahannya
ALLAH selalu berbuat apa yang dikehendaki-Nya
Maka jangan diri menjadi orang yang menentang.

Jauhkanla..........

Jauhkanlah Kerendahan Jiwa Kita..

Iaitu dengan cara menjauhkan dari akhlak yang rendah dan tercela seperti Dendam, Hasad Dengki, Iri Hati, Khianat dan Mungkir Janji. Sekiranya kita memiliki sifat-sifat ini, mahu tidak mahu kita telah mengihina diri kita sendiri. Bila kita telah menghinakan diri kita sendiri - padahal kita ingin membangunkan kebajikan dan kebersihan jiwa, nescaya dalam kita tidak sedar kita telah menghampiri puncak celaka dan kebinasaan.

Program Ziarah BAKKAD

12hb Julai 2009, Kuantan

BAKKAD telah mengadakan Program Ziarah Moyang Siti yang berada di Kuantan untuk beberapa ketika. Sebahagian daripada Ahli BAKKAD tidak melepaskan peluang dan ruang untuk turut serta. Walaupun tak semua ahli dapat berkumpul namun program tetap meriah dan berjalan lancar. Rombongan dari Port Dikson & Gemas tiba di Kuantan sebelah tengahari, menjamu selera dirumah Maklang. Sementara menunggu Aki & Uwan serta Maklong dan Keluarga tiba, Makngah buat Pulut Durian's.. ermmmm bestnya.


Program ini walaupun tidak dirancang, namun matlamatnya tercapai kerana dapat berjumpa dengan Moyang dan agak sekian lama tak berjumpa. Secara tidak langsung juga program ini dapat mengeratkan ikatan silaturrahim yang sedia ada serta dapat kenal-mengenal antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya. Semoga BAKKAD akan terus menjadikan acara BERKUMPUL seisi keluarga ini sebagai budaya agar dapat mengeratkanlagi hubungan baik yang sedia ada serta saling doa-mendokan antara satu sama lain semoga UKHWAH antara hati-hati kita tetap terIKAT hingga ke hujung nyawa.

Friday, July 3, 2009

Warna Warni BAKKAD

Adnan bin Ibrahim & Saoma bt Salleh


(Anak Pertama : Jamiah bt Adnan & Hamzah bin Mohamed)

(Anak Ke-2 : Baharin bin Adnan & Noranisah bt Pilus)



(Anak ke-3 : Kasmiah bt Adnan & Hamdan bin Abdullah)

(Anak ke-5 : Wasimah bt Adnan & Zainurdin bin Zainal)

(Anak ke-6 : Syamil bin Adnan & Norfadillaf bt Ali)


(Anak ke-7 : Shukran bin Adnan & Norasiah bt Hashim)


(Anak ke-8 : Jasminah bt Adnan & Noordin bin Ramli)

(Anak ke-9 : Azlida bt Adnan & Ke-10 : Norhidayah bt Adnan)


Cucu-Cucu

Thursday, July 2, 2009

Sejarah Berulang..

Sejarah berulang apabila BAKKAD menyambut kelahiran 3 orang kelahiran dalam tempoh tahun yang sama malah hanya beza beberapa minggu. Kelahiran 2 putera dan 1 puteri menambahkan lagi kecerian BAKKAD yang sedia ada. Sekian lama penantian para ibu-ibunya dan bapa-bapanya ALLAMDULILLAH.. Kurnian ALLAH yang sangat dinanti-nanti tiba.

Kalau 20thn dulu Kelahiran 3 orang adalah (Shazwi bin Baharin, Norfaezah bt Hamdan & Mohd Safri bin Hamzah). Sekarang dorang semua dah muda belia.. rasa macam baru jek lagi dorang jadi bebudak..

Satu majlis kesyukuran & aqiqah diadakan dirumah BAKKAD sempena kelahiran ini. Majlis diatur dengan cermat penglibatan semua ahli sangat membanggakan. Pokde(ayah Fatihah) berbesar hati untuk menyumbangkan seokor lembu untuk majlis tu. Terima kasih Pokde, semoga ALLAH tambah lagi pintu-pintu rezki buat Pokde dan keluarga. Terima kasih juga buat ahli-ahli BAKKAD yang lain atas sumbangan semua. Komitmen dan kerjasama yang dihulurkan sebanarnya sudah cukup membahagiakan Aki & Uwan kita. Antara tujuan majlis ni selain daripada untuk niat Aqiqah untuk kelahiran, ianya juga adalah sebagai satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim antara kita