Monday, November 21, 2011

Kek 3 Bersaudara

3 Tahun dah berlalu..

Iman, Najmi & Fatihah.. rasa macam baru je lagi mereka dilahirkan, seperti baru semalam melihat mereka dibaluti lampin bila mereka tidur dan macam terngiang-ngiag lagi tangisan baby nangis.

Terlalu pantas masa berlalu.. Alhamdulillah diizinkan Allah beganjak lagi usia mereka untuk tahun yang ke-3

Petang tu, 22/10/2011 adalah petang yang sangat riuh rendah dirumah Aki & Uwan. Keriuhan ini tak lain tak bukan adalah kerana 3 bersaudara ini.

Majlis ringkas dan bersahaja diadakan sempena acara memotong dan makan kek untuk meraikan 3 saudara ini. Kek yang dibawa khas dari Kuantan semata-mata untuk membuatkan wajah 3 bersaudara ini teruja.

Mereka dilahirkan pada tarikh yang hampir sama, mereka sama membesar dan mereka masing-masing mempunyai keletah dan kerenah yang tersendiri.

Kehadiran mereka di rumah Aki & Uwan di FJU memang sentiasa membuatkan suasana menjadi ceria dan meriah.

Iman dengan kerenah yang 'selambe & bersahaja' Najmi dengan style yang 'rileks n cool' dan Fatihah terkenal dengan sikap 'berani'nya. Kadang-kadang elok main bersama tapi dalam sekelip mata bergaduh la plak, biasalah budak-budak.

Istimewanya 3 bersaudara ini dilahirkan sebagai anak ke-3. Dimulai dengan Iman lahir pada 22/10/2008 sebagai anak lelaki tunggal kepada Pakteh & Makteh (Zainudin Zainal + Wasimah bt Adnan). Najmi lahir pada 21/11/2008 anak ke-3 kepada Pak Anjang & Mak Anjang (Shamil Adnan & Norfadhilaf Ali). Manakala Fatihah pula dilahirkan seminggu selepas itu iaitu pada 27/11/2008 juga sebagai anak ke-3 kepada MokDer + PokDer (Kasmiah Adnan + Hamdan Abdullah)

Meh kita tengok gambar mereka, masing-masing teruja dengan kek dan tak sabar-sabar nak makan. Memang bebaloi-baloi pihak yang menaja kek tu kerana mereka makan dengan lahapnya.

Kepada 3 bersaudara ini, Iman-Najmi-Fatihah.
Maklang doakan moga kalian membesarkan dengan sihatnya dan moga kalian menjadi anak yang soleh & mosleh.

Hargailah silaturrohim yang terjalin ini, jadikan kenangan kalian semasa kanak-kanak ini sebagai pengikat kasih kalian dalam bersaudara apabila kalian telah dewasa kelak.

Dan.. pastinya saat berkumpul di rumah Aki & Uwan di kampung adalah kenangan yang paling manis yang kalian akan kenang dimasa akan datang.

Seterusnya kalianlah pewaris BAKKAD suatu hari nanti. Peliharalah Silaturrohim ini sampai hujung nyawa.

DOA Mak Ayah

Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana akatau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

Syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman

yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha

Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu kedukaan kita waktu ini kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.

Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan

mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan

didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...




aku sekadar meluah, aku jua ingin seperti apa adanya yg kau selalu harapkan


sebelum jemari terus menari berentak mengikut irama yg berlagu di hati...sebenarnya dah lama hati ini sebak, dah lama hati ini ingin menangis, dah terlalu lama rasa ini tersimpan rapi..
dari mana untuk ku mula, sebenarnya aku sendiri tak tahu...pelbagai rasa menyelimuti jiwa ini, sedih, pilu, malu, sesal, semuanya menjadi teman setia sepanjang waktu-waktu hidupku...

luahan ini untuk mak, cetusan ini untuk ayah....
maafkan anakmu ini....kerana tiada apa yang pernah ku lakukan untuk membahagiakan dirimu...
demi mu mak....demi mu ayah anak mu ini pernah menyimpan impian, anakmu ini pernah punya cita-cita dan hingga kini masih tersemat erat...

lewat usia akhir zaman kanak-kanak ku, hingga menginjak remaja, dan kini anakmu semakin dewasa...tiada apa yang berjaya ku persembahkan untuk menjadi kebanggaanmu mak, sebenarnya aku malu, sebenarnya aku sedih....sering kali hati ini menangis kerana sering gagal...gagal memberi senyuman kepuasan buat hadiah untuk kalian... malunya aku...
maafkan anakmu ini...hingga kini aku masih terumbang ambing....untuk diri sendiri pun ku masih terkapai-kapai....hingga kini anakmu masih menyusahkan mak dan ayah...

ku akui anakmu ini sangat degil, keras hati, apa yang ku inginkan setiap kali itu jua aku berkeras pada keinginan ku hinggalah ayah terpaksa beralah pada kedegilan ku, hingga mak terpaksa akur.. walau ku sedar, walau ku tahu, redup wajah kalian sebenarnya berjuta kerisauan bertandang demi melepaskan anakmu pergi....Namun....mengertilah wahai ayah. mengertilah wahai mak...bukan niat ku berdegil kerana menyusahkan hati mu....tetapi degil ku hanya untuk mengenal erti hidup....belajar erti payah, sebati dengan erti berdikari...susah payah ku di sini memang tak pernah ku ingin sampai kalian tahu...namun syukur ku kerana punya saudara yang selalu mengambil berat tentang diri ini, punya kakak-kakak dan abang-abang yg tak pernah lepas pandang pada diri adik yang selalu menyusahkan mereka...terima kasih untuk kalian yang selalu ada bila diri ini rebah, jatuh dan sesak dalam kepayahan....

terima kasih mak, terima kasih ayah kerana atas doa restu mu saban waktu, saban dinihari, saban malam dan percaya ku sebenarnya tak pernah lekang doamu untuk anak-anakmu pada setiap saat dan detik berlalu....

mak, ayah, biarlah cita-cita ku ini ku pendam sendiri, biarlah impian ini ku diamkan sepi...
insyaAllah doa restu kalian dan reda Allah akan ku tunaikan impian ini hingga hujung nyawa kalian....moga Allah makbulkan....dan seandainya ku pergi dulu, mohon ampuni segala dosa-dosa ku yang menggunung tinggi dan melangit luas ini...ampuni anakmu ini.....