Tuesday, July 17, 2012

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Menyambut Menantu

3hb Jun 2012 bertempat di Kuantan berlangsung Majlis Menyambut Menantu sempena pernikahan Rasyidi bin Baharin dengan Nabila binti Ismail. Allhamdulillah atas izin-NYA jualah majlis pada hari tu berjalan lancar seperti mana yang dirancang.

Majlis nikah diadakan di rumah pengantin perempuan iaitu di Jengka 5 pada 1hb Jun 2012 (Jumaat) bersamaan dgn 14 Rejab 1433H, Alhamdulillah dengan sekali lafaz Rasyidi telah disahkan ke jawatan yang baru iaitu jawatan yang disebut sebagai ‘suami’. Kepada Nabila selamat menjadi ahli BAKKAD, selamat menambah erat silaturrohim dan moga dapat menerima serasi seadanya Keluarga BAKKAD ini.

 

Rasanya belum lagi terlambat untuk BAKKAD mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan mencoret kisah untuk Rasyidi  dan isteri di halaman yang permai ini. Dalam ramai-ramai cucu Aki (Adnan bin Ibrahim) Rasyidi sebagai pendahulu menamatkan zaman bujangnya, dan rasanya lepas ni pasti ada yang bakal menyusul.  Siapakah dia agaknye…???  Kita semua tak tahu kan, kerana soal jodoh itu termasuk dalam tirai rahsia Allah. Apa yang penting perlulah kalian mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menjadi pasangan yang baik kepada pasangannya. Insyaallah…

Seluruh warga BAKKAD mendoakan moga rumahtangga yang dibina ini sentiasa berada dalam rahmat Ilahi hendaknya. Kalian telah di1kan kerana Yang Satu.. moga gembira dan bahagia yang kalian kecapi ini tetap bersama dengan redha-Nya hingga ke hujung usia. Untuk Rasyidi jaga rumahtangga elok-elok ye.. selamat menjadi nakhoda dan selamat memimpin kerana dengan perkahwinan itu matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumahtangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan syurga.


Untuk Aki & Uwan pengantin sudah tentu mereka juga teruja kerana cucunya dah naik pelamin buat kali pertamanya. Pastinya doa daripada Aki dan Uwan untuk anak dan cucunya tak putus-putus sebagai pengiring tiap langkah anak cucunya. Persalinan pengantin semasa majlis ini adalah diuruskan khas oleh PakAndak & PakAndak (Shukran Adnan & Isteri). Tampan & cantik lagak si mempelai mengayakan baju rekaan dan hasil tangan MakAndak As. Pelamin yang sempoi lagi simple tapi cukup menarik untuk disinggah duduk oleh pengantin pada hari itu juga adalah sumbangan kerja & idea daripada PakAndak & MakAndak. Warga BAKKAD juga turut mendoakan moga pintu-pintu rezeki PakAndak & MakAndak akan bertambah-tambah lagi dihari yang mendatang.

 

Jelas terpancar gembira diwajah ayah & ibu pengantin. Maklumlah dapat menantu dan bertambah ahli keluarga yang baru ye tak? Tapi maklang percaya apa yang lebih menyerikan wajah ayah & ibu pengantin adalah rasa syukur ke hadrat Ilahi yang tidak terhingga kerana anak sulongnya selamat menjadi suami orang serta selamat mendirikan masjid. Bermakna kalau ada rezeki lain lepas nih naik pangkat jadi aki ngan uwan lak pulak kan PakNgah??.. insyaallah.

 
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat serta majlis juga diserikan dengan sumbangan kerja tangan daripada sepupu kepada pengantin iaitu Syukri atau lebih dimesrai dengan pangilan Teq. Bagi nak menghasilkan kerjanya seperti mana yang kita sedia tonton itu Teq besengkang mata tak tidur malam untuk menyudahkannya. Syabas Teq kerja tangan kamu memang terbaik.

 
Maklang & Paklang selaku tuan rumah majlis tuh.. wah! rasanya satu pengalaman baru dan menarik apabila rumah maklang yang comel ini menjadi lokasi pilihan majlis yang sangat bermakna itu. Secara pribadi maklang dengan rendah dirinya mohon maaf atas kekhilafan serta kekurangan di pihak tuan rumah semasa majlis itu berlangsung.




Dikesempatan ini Maklang nak kongsi-kongsikan sikit puisi untuk tatapan & renungan kepada pengantin baru dan juga sebagai nilai tambah untuk pengantin-pengantin lama termasuk diri Maklang sendiri.

Syurga Rumah Tangga
Binalah Rumahtangga di atas tapak Iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakan kembara berdua
Kerana dan untuk.. Allah jua

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagian rumah tangga
Setia penyanyang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang soleh dan solehah
 
(Dipetik drpd Buku “Cinta Kerana Allah” tulisan Pahrol Mohamad Juoi)

By : Maklang