Hari Raya Aidiladha yang lepas BAKKAD mengadakan program ziarah ke rumah Besan Aki & Uwan (Ayah Paklang) di Kg Durian Hijau... Kg. ni kalau diikutkan jarak memang sangat dekat kalau menaiki bot tambang, tapi memandang jambatan yang dibina belum siap maka terpaksalah perjalanan dibuat melalui Bandar Jerantut yang mengambil masa kira-kira 45minit dengan jarak lebih kurang 65km. InsyaAllah bila jambatan yang sedang 90% pembinaan ini siap sepenuhnya.. perjalanan dari Jenderak Utara ke Kg. Durian Hijau hanya dengan jarak 17km. Wah.. pasti Paklang & Maklang menjadi insan yang paling seronok dan tak sabar-sabar nak tunggu Jambatan Kuala Krau siap sepenuhnya..
Bila ke Kg. Durian Hijau yang paling buat dorang seronok bila dpt makan buah Salak yang segar dari ladang. Mak Chek demo cara-cara memetik buah salak sambil diperhatikan oleh Batrisyia.
Orang lain sibuk dengan buah salak tapi 2 beradik ni lebih suka nak cari buah koko. Apa kelebihannya pun tak tahu. Mungkin pada dorang buah koko tuh lebih besar dan punyai warna yang agak menarik iaitu warna kuning berlainan dengan buah salak yang warnanya gelap dan ada duri-duri kecil. Tapi keenakan buah salak memang orang yang makan saja dapat merasainya.

Pak Ngah ralit memerhatikan anak dara nya
Hazirah semakin membesar dan kemana saja Hazirah berada sentiasa menjadi tumpuan orang lain.. mungkin kerana sikapnya yang sangat 'spoting' dan betah bercakap walaupun usianya baru mencecah 2 tahun.
No comments:
Post a Comment