Tuesday, December 29, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran...

Rasanya masih belum terlambat BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-6 buat Mohd Luqman Izzat bin Shamil pada 19-Dis yang lalu dan buat Mohd Safri bin Hamzah(Abg De) ulangtahun yang ke-21 pada 28-Dis.
Dek kerana penulis agak sibuk dan kesuntukan masa, maka hari ke hari tiada kesempatan untuk membuat paparan di laman yang permai ini.. namun doa buat kalian sentiasa dihati warga BAKKAD.
Mohd Safri memotong kek bersama Izzat disaksikan oleh adik sepupunya yang lain - Dis 2008

Buat Izzat, selamat melangkah ke alam persekolahan pada 4-Jan nanti.. dah darjah 1 si izzat ni.. rasa macam baru lagi Izzat jadi 'baby'. Mohd Luqman Izzat merupakan putera sulung dan anak ke-2 kepada pasangan Pak Anjang + Mak Anjang (Shamil Adnan + Norfadillaf Ali). Izzat dah semakin besar, semakin pandai tapi kadang-kadang kuat merajuk.

Mohd Luqman bersama Mohd Safri - Shawal 2008

Buat Abg De, Salam maju jaya dalam pelajaran.. selamat berjuang dan teruskan perjuangan. Doa dari seluruh warga BAKKAD sentiasa mengiringi tiap detik perjalananmu. Buktikan bahawa anda mampu melaksanakanya dan menunaikan impian dua ibu bapa. Mohd Safri adalah anak ke-3 kepada pasangan MakLong + PakLong (Jamiah Adnan + Hamzah Mohamad).
Buat kalian berdua (Abg De + Izzat) pastinya harapan BAKKAD mendoakan semoga kalian jadi anak yang soleh, anak yang penuh ilmu dunia akhirat di dada, jadi anak yang baik dan anak yang mendengar cakap ibu dan ayah, semoga berjaya dalam lapangan yang diceburi. Serta dapat menjadi seorang abang yang dapat bagi teladan yang baik pada adik-adiknya nanti.


p/s : Izzat nanti dah sekolah darjah 1, janganlah merajuk-merajuk lagi ye... Izzat kan macho.. orang macho tak lawa merajuk.

2 comments:

  1. izzat dah cekolah jgn merajuk2 lagi eh...nanti tak de kawan...corang2 jek

    ReplyDelete
  2. cowang-cowang jek... - ayat izzat-

    ReplyDelete