Monday, December 7, 2009

Tahniah Hakimi

5hb Disember bertempat di Masjid Kampung Gintong Kelibang, Kerdau telah berlangsung Pertandingan Laungan Azan. Mohd Hakimi bin Hamzah 10thn, seperti biasanya Hakimi menyertainya pertandingan ini setelah dicalon oleh Cikgu disekolahnya.

Mohd Hakimi segak lengkap berbaju melayu walaupun bukan sepenuh hatinya untuk mengenakan baju itu. Kalau diikutkan dan kehendak hatinya Hakimi lebih memilih untuk pakai Jubah Putih beserta Kopiah Putih yang selalu dipakainya setiap kali ke surau berhampiran rumahnya. Namun dia perlu akur dengan syarat penyertaan seperti yang tercatat dalam borang pendaftaran penyertaan.

Bagusnya pada hari itu, para peserta diberi kemudahan pendaftaran akaun Tabung Haji secara PERCUMA. Jadi Hakimi tidak melepas peluang yang diberikan.


Hakimi bersama rakan-rakan yang turut serta menyertai pertandingan


Semoga kalian menjadi golongan pelapis kepada para Bilal & Muadzin yang ada pada hari ini.


Hakimi semasa menunggu giliran.

Dan sebenarnya apa yang berlaku semasa hari pertandingan mungkin amat mengecewakan Hakimi sendiri.. dari riak mukanya nampak dia seperti tekilan atas apa yang berlaku.. mungkin kerana dia 'over confident' ataupun dia gugup walaupun Hakimi sudah biasa dan kerap melaungkan azan di surau berhampiran rumahnya, boleh dikatakan hampir setiap hari. Namun siapa sangka telah berlaku kesilapan yang tidak disengajakan semasa dia melaungkan azan. Kesilapan itu memang kesalahan berat bagi pihak para hakim. Entah macamana dia tersasul... dari segi maghraj sebutan dah cantik... doa pun cantik... dengan itu Hakimi hanya mendapat hadiah saguhati. Memang adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. dan pasti bagi pihak peserta, mereka akan mengimipikan kemenangan. Jenuh juga penulis dan emaknya memujuk Hakimi agar redha dengan keputusan yang diumukan dan jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran. BAKKAD akan terus mendoakan Kejayaanmu wahai Hakimi... Kalah Menang itu soal kedua.. apa yang penting kesedian kamu & pemilihan diri kamu untuk menyertai pertandingan ini telah mendapat catatan kebaikan. Mudah-mudahan.. ameennnnnn.

No comments:

Post a Comment