Tuesday, December 29, 2009

Trip ke Lumut Perak 18-Dis

18-Dis 2009 Sebahagian daripada warga BAKKAD berpeluang pergi ke Lumut untuk memenuhi undangan Majlis Perkawinan anak kepadaPakcu Khalid bin Musa. Pakcu merupaka sepupu Aki sebalah ayahnya (Ibrahim bin Baharin) Perjalanan ke Lumut bertolak daripada rumah Pak Anjang di Bangi.

Perjalanan diteruskan melalui Kuala Selangor, Pak Anjang & Pak Ngah sengaja tidak memilih tidak Higway PLUS kerana lebih selesa dan menarik untuk melalui jalan lama sambil menikmati pemandangan yang menarik.. maklumlah kan dapat melihat kampung-kampung yang indah permai
Sepanjang perjalanan di 'area' Kuala Selangor kami dijamukan dengan keindahan & kehijauan sawah padi yang terbentang luas.

Kami sempat singgah semata-mata untuk merakamkan kenangan. Tengoklah tu.. Izzat tetap dengan gaya yang tersendiri bila bergambar.


ni lah pertama kalinyer aku (makchu) dapat melihat keindahan saujana sawah padi padahal dah bertahun simpan angan2 nak pg n tgok sendiri kehijauan sawah padi..hurm waktu ni lebih kurang pukul 130pm....



ha tengok tu strategik tak post kome...hikhikhik...ni idea mak ngah la suh amik gambo kat cni..heheeh


ok..dan rombongan pun mula bergerak tp sempat lagi abg cawi amik gambo padi..nak wat kenangan katenyer...(kepala saper da tu)


ibu dan anak sama naik dgn baju muslimah serba pink...da pinkky family..ahaks.ha saper2 bkenan bole wat tempahan baik dr bangi...





jam 215pm maka rombongan sampai ke tempat yg diberi nama lumut..eh yeke..ye la kot hikhik
masa ni masing2 dah kelaparan tapi tetap sabar menunggu hidangan make in perak..masa ni yang syok nyer duit makan kome tong2 sorang ckit..sama merasa.pak ngoh da lapor sangat sebat jer bubur jagung pun bubur jagung la..janji ngap..wakaka



fuh licinnn........kakak tak leh pisah dgn milo ais nyer tu..letak la jus apapun totap dgn milo dia...


maka perjalanan di teruskan setelah masing2 kenyang..bersama perut yg se'eh rombongan pun bgerak ke hotel pangkor cove resort..tingkat 8...

view waktu malam tak nampak sangat pulau pangkor yang indah...nak tahu tgok time siang.lawo woooo.......


ni ler kudapan kome sepanjang malam di hotel..time ni magge cup la yg paling sodap...hehehe
ni pun tong2 gak..ehem2..bagi yg terlibat terima kasih di ucapkan





























Sampainya rombongan di majlis kenduri.. Aki bukan main teruja kerana dapat berjumpa pada sepupunya yang dah agak lama tak bertemu. Kelihatan dalam gambar bersama Aki adalah Abgnya (Baharudin Ibrahim) dan sepupunya yang kami sebut sebagai Pakteh Marzuki (Marzuki bin Musa)





Yang istimewanya majlis ini, 2 pengantin dalam 1 majlis yang sama. Pakcu Khalid telah mengadakan majlis perkahwinan untuk 2 orang anaknya serentak.. (wah jimat belanja & tenaga dan masa ye pakcu?). Doa dari kami rombongan yang datang dari Pahang ini.. agar ke-4 mempelai sentiasa ceria & bahagia dunia akhirat.


Aki & Uwan sempat merakam kenangan bersama sepupu-sepupunya


Moga pertemuan ini dapat menambah erat ukhwah antara kita.





Jelas terbayang gembiranya kalian di saat pertemuan ini.. Aki(Adnan Ibrahim) bertemu sepupunya(Khalid bin Musa)

Kami sempat bergambar dengan Pakcu Khalid. Thankss Pakcu!!


Ye.. rombongan dah siap nak begerak balik. Agak-agaknya bila lagi kami nak sampai / datang ke negeri sebelah barat ni, memang jarang2 sangat menghala ke sebelah barat kerana tak ramai sedara mara yang tinggal di zon sana.

















2 comments:

  1. Tahniah buat abng Nan dan kakak Salomah serta anak2 dan cucu2 sehingga terbentuknya sebuah Badan Kebajikan Keluarga Adnan (BAKKAD)semoga lebih banyak lagi aktiviti2 dapat dilakukan,jarang kita jumpai sesebuah keluarga mempunyai badan kebajikan sendiri,Tahniah!!!serta mempunyai laman sesawang sendiri.Terima kasih juga kerana aktiviti rombongan kerumah pakcu di Lumut sempena majlis perkahwinan anak pakcu Zaleha dan Hafizan dimuatkan dalam laman sesawang ini.

    ReplyDelete
  2. thanks pakcu kerana sudi ziarah laman ini..
    Bakkad diwujudkan atas kesedaran dalam usaha untuk mengeratkan hati-hati antara kami (anak2 cucu Adnan Ibrahim + Saoma Salleh)maklumla k'ga kami yang semakin membesar..
    Alhamdulillah hingga kini Bakkad dah pun berusia 10thn.

    ReplyDelete