Tuesday, August 4, 2009

6 jam menanti..

Semalam 4hb Ogos 2009. Uwan berjumpa Dr. Pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS),


Pagi-pagi lagi jam 7.30pg Maklang dah bawak Uwan keluar, Aki dan Hadi menjadi peneman yang setia. Sampai di kaunter pendaftaran jam 9.15. Jenuh jugak lah tunggu. Banyak proses yang kena lalui sebelum dapat berjumpa dengan Doktor Pakar. Masuk bilik sana.. amik no lagi, tunggu lagi dan amik no lain pulak..


Bila kita pergi ke Hospital, macam-macam kerenah orang yang kita boleh nampak, berbagai-bagai reaksi muka orang yang boleh kita tuntun. Tak kurang juga kita dapat tahu rupanya ramai orang yang berpenyakit. Insaf diri bila dengar, lihat dan cuba merasai masalah-masalah orang lain. Sememanganya kalau kita rasa kita bermasalah sebenarnya ada orang lebih lagi orang yang bermasalah berbanding kita. So.. kita perlu belajar untuk lebih mensyukuri betapa NIKMAT TUHAN yang diberikan kepada kita. Setiap manusia ALLAH uji dengan berbagai bentuk dan kisah.

Di sini juga memang kita berbanyak-banyak kena sabar untuk menunggu giliran. Bayangkan hampir 6jam Uwan menunggu, sampai tertidur-tidur dibuatnya... tapi Uwan cukup sabar sikit pun tidak merunggut & mengeluh.

Akhirnya jam 2.00 petang sampai giliran Uwan jumpa Doktor Pakar. Penat dan pening semasa menunggu terubat jugaklah atas layanan baik Doktor ni. Alhamdulillah hasil ujian darah dan sampel aritu, uwan ok semua clear takde masalah. Cuma Doktor cadangkan untuk uwan buat x-ray untuk dapatkan maklumat lebih detail pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Lepas semua selesai jam dah pukul 3.00 ptg, Aki dah tunggu kat bawah, kami pun terus balik, singgah di Benteng Temerloh untuk makan, Aki belanja. Memang sedap je makan perut tengah kosong.. dan lagi-lagi Aki belanja... Mekasih Aki...

1 comment: