Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif, maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja. Jika fikiran sentiasa negatif, bilakah dakwah kita akan menjadi positif?
Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut.
Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.
Mungkinkah sangka buruk tersebut menyebabkan timbulnya persengketaan?
Atau menyebabkan permusuhan?
Atau mungkin menimbulkan rasa benci di hati?
Jauhi sikap suka bersangka-sangka wahai diriku, wahai saudaraku dan keluargaku, kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
No comments:
Post a Comment