Monday, July 13, 2009

Program Ziarah BAKKAD

12hb Julai 2009, Kuantan

BAKKAD telah mengadakan Program Ziarah Moyang Siti yang berada di Kuantan untuk beberapa ketika. Sebahagian daripada Ahli BAKKAD tidak melepaskan peluang dan ruang untuk turut serta. Walaupun tak semua ahli dapat berkumpul namun program tetap meriah dan berjalan lancar. Rombongan dari Port Dikson & Gemas tiba di Kuantan sebelah tengahari, menjamu selera dirumah Maklang. Sementara menunggu Aki & Uwan serta Maklong dan Keluarga tiba, Makngah buat Pulut Durian's.. ermmmm bestnya.


Program ini walaupun tidak dirancang, namun matlamatnya tercapai kerana dapat berjumpa dengan Moyang dan agak sekian lama tak berjumpa. Secara tidak langsung juga program ini dapat mengeratkan ikatan silaturrahim yang sedia ada serta dapat kenal-mengenal antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya. Semoga BAKKAD akan terus menjadikan acara BERKUMPUL seisi keluarga ini sebagai budaya agar dapat mengeratkanlagi hubungan baik yang sedia ada serta saling doa-mendokan antara satu sama lain semoga UKHWAH antara hati-hati kita tetap terIKAT hingga ke hujung nyawa.

2 comments: