Diberitahu Pak Andak & Mak Andak sekarang tengah menyiapkan 1 projek yang boleh dikatakan besar jugaklah. (Membekal & Menjahit Pakaian untuk SAJ). Kami di BAKKAD sentiasa mendoakan akan kejayaan kalian dalam usaha yang sedang dibuat. Semoga ALLAH dekatkan rezki yang kalian usahakan. aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Saturday, June 20, 2009
Suka Sangat Deme yek..

Pagi-pagi lagi dorang dah sibuk menanya pada bapak masing-masing.. "bila kita nak gi Pancing?" resah gelisah dorang.. selagi orang tua tak begerak.. kaum ibu siap masak untuk juadah di atas batu nanti maka kami semua pun begerak ke Panching... Sesaampai kat sungai je rasa macam frust lah jugak coz ada area tertentu yang tutup dek kerana ada pengambaran filem disitu. Tapi budak-budak nih tetap happy aje. Bila tanya nak naik pukul berapa dengan muka s

Sampai ada jugak ni yang tak cukup berendam kat bawah, dah naik atas pun masih nak berendam lagi.. dalam besen pun takpelah ye tak? Hazirah.. Hazirah memang tak takut langsung. Bila dah petang masing-masing semua dah nak balik kerumah masing-masing.. jadi tinggallah Maklang & Paklang.. bye-bye tuan rumah...
Monday, June 8, 2009
Sambutan 10 thn BAKKAD
Hari tu katanya dia dah bincang usul ni dengan aki, then aki pun dah setuju nak taja sebahagian daripada dana yang diperlukan. Aki kata "apa saja program untuk keharmonian anak cucu dia sokong 100%" Alhadulillah... terima kasih aki.
So Tuan Pegerusi, bila lagi nak mula kerja? dah start meeting ke ngan ahli-ahli lain? Apapun semoga apa yang dirancang berjalan lancar.
Doa Keluarga Bahagia
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)
Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(Al -Ahqaf [46] : 15)
Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(Ibrahim [14] : 41)
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik.
(Al-Anbiya’ [21] : 89)
Keluarga Bahagia
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan. Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka. Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka. Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga. Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga. Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita. Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah. Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat
Sunday, June 7, 2009
Keahlian BAKKAD

Kini selepas 10thn kewujudan BAKKAD, jumlah ahli telah bertambah menjadikan BAKKAD mempunyai 37orang ahli terdiri daripada 9 orang anak, 7 orang menantu dan 18 orang cucu.
Terima kasih wahai mak & ayah kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Kelahiran BAKKAD
Secara dasarnya BAKKAD telah ditubuhkan pada Feb. tahun 1999 yang lalu. Kewujudan ini hasil cetusan daripada Pakngah.. dialah yang mengusulkannya dan alhamdulillah mendapat sekongan semua ahli keluarga yang lain. Pada masa tu juga Mensyuarat Agung yang pertama diadakan dirumah ayah (Adnan) yang mana ahlinya adalah terdiri daripada semua ahli keluarga.
Antara tujuan utama Bakkad diwujudkan adalah sebagai usaha untuk memelihara keharmonian ikatan kekeluargaan serta mengeratkan lagi ikatan hati-hati ini. Mesyuarat juga bersetuju setiap ahli yang telah mempunyai pendapatan mencarum bagi mengisi Tabung BAKKAD agar dapat dimenfaatkan. Semoga usaha murni ini diberkati olehNYA.
Sekarang diam tak diam BAKKAD telah berusia 10thn.
Sekarang diam tak diam BAKKAD telah berusia 10thn.
Subscribe to:
Posts (Atom)