Saturday, June 20, 2009

Suka Sangat Deme yek..

13hb Jun 2009(Sabtu), Sebahagian daripada ahli BAKKAD datang bekunjung kat rumah Maklang & Paklang di Kuantan, ramai yang datang so memang sesak mesak le dalam rumah tuh. Rumah sewa maklang tak berapa nak besar.. so bila datang reramai bekumpul maka sempitlaa skit, tapi tak kisahlaa sempit ke.. padat ke.. yang penting masing-masing happy. Lebih-lebih lagi group bebudak yang memang tak sabar nak datang Kuantan disebabkan Air Terjun Pancing punya pasal.

Pagi-pagi lagi dorang dah sibuk menanya pada bapak masing-masing.. "bila kita nak gi Pancing?" resah gelisah dorang.. selagi orang tua tak begerak.. kaum ibu siap masak untuk juadah di atas batu nanti maka kami semua pun begerak ke Panching... Sesaampai kat sungai je rasa macam frust lah jugak coz ada area tertentu yang tutup dek kerana ada pengambaran filem disitu. Tapi budak-budak nih tetap happy aje. Bila tanya nak naik pukul berapa dengan muka sadin masing jawab pukul 5. haiiii start berendam jam 11 nak sudah jam 5??? amboiiiii!!!!!
Sampai ada jugak ni yang tak cukup berendam kat bawah, dah naik atas pun masih nak berendam lagi.. dalam besen pun takpelah ye tak? Hazirah.. Hazirah memang tak takut langsung. Bila dah petang masing-masing semua dah nak balik kerumah masing-masing.. jadi tinggallah Maklang & Paklang.. bye-bye tuan rumah...

No comments:

Post a Comment