Tuesday, September 29, 2009

Oh Ibu.. Wahai Emak...

ibu,
jika engkau matahari,
aku tak hingin datang malam hari,
jika engkau adalah embun aku ingin selalu pagi hari,
ibu,
derhakalah aku jika ditelapak kakimu tidak aku temui syurga itu.

Inilah wajah ibu,siapa sangka disebalik badan yang bertubuh kecil ini,insan penyanyang ini telah melahirkan 10 org anak yang membesar dengan sempurna tanpa cacat celanya..namun takdir Allah tiada yang dapat menduga, anak ke-4 telah kembali kerahmatullah seawal usia 3 thn..
menjadi tanggunagjawab anak-anak sentiasa dekat dengan ibu walau sejauh manapun merantau..cukup sekadar ucapan salam melalui talifon sudah memadai dr hanya diam menyepi...bingkisan sajak buat renungan bersama..
"kau menyayangiku"

kau menyayangiku, seperti bumi
menyayangi titah Tuhannya
tidak pernah letih,menanggung beban derita
tak pernah penat, menghisap luka
kau menyayangiku seperti matahari
tak pernah letih
membahagi cerahnya cahaya
tak pernah letih
menghangatkan jiwa,
kau menyayangiku seperti air,
tak pernah letih membersihkan lara
tak pernah letih menyejukkan dahaga
kau menyayangiku seperti bunga
tak pernah letih menebar mekar aroma bahagia
tak pernah letih meneduhkan gelisah nyala....

Raya 2009

Apalah yang dibincangkan oleh orang 4 beradik nih... nampak macam besungguh aje masing-masing.
Pagi Raya tahun ni rumah Aki agak lenggang sketla berbanding dengan tahun sebelumnya... sebabnya sebahagian daripada anak-anak Aki beraya dirumah mertua masing-masing dan hanya berkumpul pada raya yang ke-3.
Walaubagaimanapun kemeriahan tetap juga dirasakan oleh mereka-mereka yang ada dan setia beraya di Jenderak Utara seperti K'ga PakNgah, K'ga MakLong & K'ga MokDe serta MakChu & MakChek yang masih lum ada mertua untuk digilir-gilirkan. Kemeriahan juga ditambah lagi dengan kunjungan sedara mara belah Aki & Uwan yang tak putus-putus datang, so kepada ahli-ahli dapur tuh.. tahniah dan terima kasih BAKKAD ucapkan atas ketabahan dan kesungguhan kalian berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi memastikan tetamu yang datang mendapat layanan dan santapan yang sebaiknya.
Di pagi raya juga Moyang balik kampung bersama AkiCu yang datang dari KL setelah sebulan Moyang dirumah Aki. Kami seluruh ahli BAKKAD harap moga-moga Moyang happy dan senang selama berada di rumah Aki & Uwan. InsyaALLAH panjang umur kami akan ziarah Moyang di Kampung Kerambit, Kuala Lipis.
Ini ajelah suasana yang sempat dirakam bagi memenuhi album raya BAKKAD. Terdiri daripada sebahagian cucu-cucu Aki & Uwan.

Monday, September 28, 2009

Wajah Kesayangan Hamba... Ayah dan Ibu


Terserlah kedutan di wajah ke dua mereka... seribu kedutan yang menyimpan tak terkira banyak nya kisah suka dan duka.. wajah ini lah yang setia menempuh susah payah membesar dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dengan pilihan hidup masing-masing.
Wahai anak, gembirakanlah wajah ini, bahagiakanlah mereka, santunilah mereka... sesungguhnya bahagia si anak adalah lahir dari redho mereka.

Thursday, September 17, 2009

BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA

"Dan anda tidak perlu terperanjat,jika orang yang anda beri tongkat untuk menghalau kibasy gembalaannya sebaliknya memukulkan tongkat itu ke kepala anda."


Wednesday, September 16, 2009

Waris Ibrahim bin Baharin (Moyang Berahim)

2-3 hari lagi Hari Raya menjelang tiba... pastinya semua orang rasa macam tak sabar-sabar nak balik beraya dikampung. Tahun ini, BAKKAD hanya berkumpul pada raya ke-3 atau raya ke-4 di rumah Aki & Uwan. InsyaALLAH
Dan seperti tahun-tahun yang lepas, hari raya merupakan kesempatan yang ada dan tidak dilepaskan untuk semua ahli keluarga (waris Aki Berahim) berjumpa dan bersembang.. macam-macamlah topik yang menjadi tajuk perbualan.. dari tajuk politik.. isu semasa dan macam-macamlah... maklumlah sekian bulan tak berjumpa.
Secara tradisinya dari dulu hinggalah ke hari ini... biasanya rumah Aki & Uwan di Jenderak Utara pasti akan dikunjungi oleh AkiDe Din anak beranak, Baharudin bin Ibrahim (Abg Aki). Juadah utama yang selalu dorang terkam pasti Lemang & Rendang.. tak sah rasanya takde Lemang.
Dua keluaga ini (Adnan Ibrahim + Baharudin Ibrahim) pasti akan bertemu setiap kali Raya menjelang dan 2 keluarga ini menjadikan ziarah Uwan Yah, Kamariah Ibrahim (Kakak Aki) di Kg. Mela Jerantut, serta Uwan Cu di Kg. Sertik Bentong sebagai program wajib setiap kali menjelang perayaan... Sebenarnya ada lagi 2 Keluarga adik beradik Aki yang berlainan ibu iaitu AkiAlang Tamrin di Gemas N9 dan AkiSu di KL cuma kami jarang-jarang bertemu

Semoga kunjungan dan program-program yang kita sama-sama jayakan ini akan mengeratkan lagi silaturrahim ikatan kekeluargaan antara kita anak cucu cicit Ibrahim. Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama kirimkan Al-Fatihah buat Arwah Moyang Ibrahim semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-NYA.

Al-Fatihah....

Saturday, September 5, 2009

Air Dicincang Tak Akan Putus

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat : 10

"Sesungguhnya orang-orang beriman adalah saudara. Maka damaikanlah (perbaik hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah terhadap Allah, agar kamu mendapat rahmat."
Dalam keluarga besar ini ada Uwan, Aki, PakLong & MakLong, PakNgah & MakNgah, PokDe & Mokde, PakTeh & Makteh, PakAnjang & MakAnjang, PakAndak & MakAndak, PakLang & Maklang, MakCek serta MakChu, (PakCek & PakChu coming soon, InsyaALLAH) dan yang selebihnya adalah cucu-cucu Uwan & Aki seramai 18 orang setakat ini (paling tua 24thn dan yang paling kecik 10bln).

BAKKAD berkampung di Felda Jenderak Utara. Rumah ini akan penuh bila tibanya hari raya ataupun hari-hari yang telah dirancang untuk memenuhkan rumah Aki & Uwan. Kami semua bersepakat Sambutan 1 Shawal di rumah ini dibuat secara bergilir dengan rumah mertua masing-masing. Kebiasaannya pada tahun genap kami pasti berkumpul di rumah ini. Pada tahun ini 2009, semua beraya dirumah sebelah mertua dahulu dan kemudian akan berkumpul pada 3 Shawal nanti. Pada hari-hari biasa cuma Uwan dan Aki tinggal di rumah ini.

Walau dalam keadaan apa sekalipun, susah senang, sakit pening kita, tetaplah kita kepada Maha Pencipta, InsyaALLAH kita akan selamat disisiNYA. Wahai keluargaku sekalian, marilah kita kukuhkan ikatan kasih sayang antara kita, kita pelihara kemesraan antara kita, Tetapkan aqidah kita agar kita semua sentiasa terpandu olehNYA. Teruskanlah kita berdoa agar kita semua sentiasa istiqamah di jalanNYA. Ameeeen....

Ya Allah Ya Rohman..

Peliharalahakan hati-hati ini agar terus mengerjakan perintahMu...

Wallahualam

Tuesday, September 1, 2009

September - Bulan Kelahiran

September - Bulan ni memang ramai ahli BAKKAD menyambut Ulangtahun Kelahiran masing-masing, terasa macam pesta kelahiran aje plak kan? nih dah bleh buat Pulut Kuning atau Bubur Kacang ajak kengkawan datang makan (teringat dulu masa kecik-kecik).
Hari ni 2hb September, Ulangtahun untuk PakTeh (Zainurdin Zainal) & MakAnjang (Norfadillaf Ali), yang keberapa tuh??? he..he.. apapun BAKKAD mengucapkan Selamat Panjang Umur.... Panjang umur bersama Ketaatan kepada-NYA, Semoga murah rezki.. murah rezki yang barokah.
Seterusnya buat PakNgah dan puteri tunggal dia ni(Hazirah).. pun Selamat jugaklah... buat Hazirah, semoga menjadi anak yang soleh & bijakpandai kelak.

Buat Faezah & Hadi, 2 beradik nih tarikh lahir pun selang sehari.. jimat budjet beli 1 kek jek. Apapun BAKKAD doakan semoga kalian berjaya dalam cita-cita dan Semoga sentiasa dipelihara olehNYA serta diberi kekuatan untuk melalui ranjau hidup orang-orang muda belia zaman moden ini.
Penutup tirai September adalah Maklang & Shukri, untuk Shukri semoga tabah dan sabar dalam mengejar cita-cita dan semoga berjaya dalam apa jua yang diusahaka.. Buat MakLang Syukur atas Nikmat Usia.. Usia makin meningkat ni maka kenalah juga buat peningkatan amalan buat bekalan diSANA.

Akhir sekali.. Selamat hari jadi untuk semua sekali lagi, Moga panjang umur murah rezeki, Hidup sentiasa diberkati Ilahi, Meningkat taqwa dan iman dalam hati, Berjaya dalam menempuh hidup ini, Jangan lupa panjatkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang tidak terkira. Kita punyai keluarga dan sanak saudara yang bahagia, kita punyai keluarga yang sihat sejahtera, Moga bersedia untuk menghadapi mati, Kerana tarikhnya sentiasa menjadi teka-teki Malaikat Izrail sentiasa memerhati dan menanti Menunggu arahan dari ilahi.
InsyaALLAH kita berkumpul pada 3 Syawal di rumah Aki & Uwan nanti.