Thursday, March 8, 2012

Dana Kita Tanggungjawab Kita

Assalamualaikum wbt

Kepada seluruh ahli BAKKAD, dengan kerendahan hati marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas kasih dan sayang-NYA kita masih 'ada' untuk bersama dalam satu ikatan yang penuh kasih sayang ini., dan atas kasih sayang yang terjalalin serta keperihatinan kita maka BAKKAD (Badan Kebajikan Keluarga Adnan) lahir pada Febuari 1998. Pada dasarnya BAKKAD ditubuhkan untuk memupuk nilai kesatuan dan mendidik nilai kebersamaan dikalangan hati-hati kita.

BAKKAD bersetuju untuk setiap ahlinya mencarum sebagai yuran bulan. Caruman bermula daripada tarikh kelahiran BAKKAD itu sendiri. Tabungan ini adalah untuk manfaat kita bersama. Selain menyediakan perkhidmatan
pinjaman peribadi kepada ahli, BAKKAD turut menyumbang atas sebab-sebab yang telah disepakati. Dan kini dana yang ada telah banyak memberi manfaat kepada kita. Alhamdulillah! Penyata kira-kira boleh semak di rumah Penaung BAKKAD iaitu Adnan bin Ibrahim (ayahda) elok cantik tertepek pada belakang pintu dan kita berterima kasih kepada Pak Ngah (Baharin bin Adnan) kerana telah bermurah hati mengambil peranan untuk mebuat kira-kira dan rekod kewangan yang sangat MANTOP itu.

Jadi, kita harus sentiasa sayang akan BAKKAD dan telah jadi tanggunjawab kita semua untuk memastikan BAKKAD terus megah berdiri dan berterusan sebagai warisan anak cucu serta cicit nanti. Insyaallah!!

Dikesempatan ini, Maklang menyeru pada diri maklang sendiri terlebih dahulu dan kepada seluruh ahli BAKKAD untuk kita lebih mengambil tanggunjawab agar sentiasa membuat bayaran yuran ataupaun bayaran balik pinjaman peribadi mengikut jadual yang telah dipersetujui. Kebertanggungjawaban kita ini sangat perlu sebenarnya agar kita dapat memastiikan tidak ada pihak yang bakal keciciran dalam menikmati faedah yang sama sejajar dengan tujuan asal kelahiran BAKKAD.

Jadi kita harus sentiasa sayang akan BAKKAD dan telah menjadi tanggunjawab kita semua untuk memastikan BAKKAD terus megah berdiri dan berterusan sehingga ke anak cucu serta cicit nanti. Insyaallah!!

Catatan Ikhlas : Maklang

Tuesday, March 6, 2012

Sepetang di Ibnu Soleh

3hb- Mac 2012 (Sabtu)
Maklang bersama sebahagian ahli BAKKAD berkesempatan mengunjungi Hakimi & Jazali di mana tempat mereka bersekolah. Madrasah Ibnu Soleh sebuah Pusat Tahfiz bertempat di Lancang. Berkunjung sekali ke sini buat hati terpaut dan ingin selalu mengunjungi. Tempat nih tidak lah gah dan mewah dari segi infrastruktur, tapi tat kali hadir disini ada satu perasaan tenteram, damai & tenang yang tak tahu nak gambarkan bagaimana.

Itu hanya perasaan si pengunjung biasa sahaja.. cuba kita bayangkan hati & jiwa mereka yang menghuni disini. Mereka datang menyerah diri tanpa paksaan dan jemputan. Mereka menghabiskan masa untuk menuntut Ilmu Allah. Disaat jiwa mereka belum lagi tercemar dengan tipu daya dunia dan mereka telah diPILIH oleh-NYA untuk menjadi penghuni disini. Apa yang menarik perhatian kami adalah dicatat di situ (banner bergantung) sebagai 'Kilang Taqwa'. Apa yang kita faham bahawa Madrasah ini sedang memproses & mentarbiyah jiwa yang mana produknya adalah pelajar-pelajar yang tinggi nilai taqwa di jiwa, itulah sasarannya.

Semasa kami berziarah di sini, dikhabarkan Jazali tidak ada di asrama kerana dia bersama Ustaz dan kawan-kawannya yang lain berprogram di kawasan sekitar Lancang. Elok kereta masuk dan parking di kawasan lapang berhampiran surau, si Hakimi keluar dari surau dan terus menuju kepada kami dengan mukanya yang berseri-seri. Jelas tergambar gembira dia bila bersua muka dengan maknya.. mungkin terungkai sudah rindu yang terpendam. Hujan lebat waktu tu memaksa kami berteduh di surau.

Dikesempatan yang sedikit Alhamdulillah kami sempat mendapat sedikit perkongsian ringkas oleh Ustaz Hakimi.. (InsyaAllah bakal ustaz)

Adakah Makcu begitu terpegun dengan apa yang disampaikan oleh anak sedarenya. Masa ni Hakimi berkongsi tentang Sunnah Rasulullah.

Barangkali 1 hari di Kampung(rumah aki & uwan) nanti Jazali dan Hakimi sudi berkongsi ilmu dengan kami. Banyak perkongsian yang bermanfaat yang kami perolehi dalam pertemuan yang sangat singkat itu. Gambar di atas kelihatan Paklang membelek-belek KITAB Pengajian berkaitan SOLAT & Pengurusan JIWA.

Apalah agaknya yang kusyuk sangat si Hakimi mengamati apa mak dia cakap tu.

Sebelum balik sempat kami merakam berposing-posing bersama. Uwan sangat rindu sebenarnya dengan cucu-cucu dia sebab tuh uwan yang tidak berapa gagah terus gagahkan diri untuk berziarah cucu dia yang sedang di medan ilmu.

Gambar di atas adalah kami yang datang berziarah, Makchek & Pakchek yang datang dari KL, bertemu janji di Tol Lancang. Makcu dari Kuala Lipis cuti berhujung minggu di rumah uwan juga meluangkan masa dalam program ziarah ini.
Kami balik dulu ye Hakimi, sampaikan salam untuk Jazali 'Assalamualaikum'. Doa dari kami moga kalian sentiasa sihat dan gembira di Madrasah Ibnu Soleh.

Thursday, March 1, 2012

Tentang Solat

Pesanan Tentang Solat

Tuan Guru Nik Aziz dalam tadzkirahnya menyentuh perihal kepentingan ibadah solat fardhu. Kefardhuan solat 5 waktu tidak seperti ibadah-ibadah yang lain. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah diisra’ dan dimi`rajkan ke Sidratul-Muntaha untuk menerima kefardhuannya. Ini menunjukkan bahawa ibadah solat fardhu ini mempunyai darjat yang sangat tinggi.

Beliau menekankan betapa ummat ISLAM mesti menjaga solat fardhu. Dalam keadaan macam mana sekali pun, solat fardhu tidak boleh ditinggalkan. Samada dalam keadaan letih, uzur, sakit atau dalam musafir; solat tidak boleh ditinggalkan. Untuk itu ALLAH Ta`ala telah memberikan keringanan buat hamba-hambaNYA untuk menunaikan ibadah yang sangat penting ini dalam keadaan tertentu seperti sakit, uzur, musafir atau dalam keadaan sedang berperang sekali pun. Ini memberi isyarat kepada kita, solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun.

Dalam ibadah solat fardhu, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah menyuruh ummatnya yang terdiri dari kalangan ibubapa agar mengajar anak-anak mula bersolat fardhu pada umur 7 tahun. Dan pada umur 10 tahun, sekiranya tidak mengerjakan solat fardhu, maka hendaklah dipukul anak itu sebagai nilai pendidikan kepada anak tersebut. Suruhan ini telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam khusus untuk solat fardhu, tidak untuk ibadat yang lain. Ini menunjukkan peri pentingnya ibadah solat fardhu diperkenalkan sejak dari kecil lagi.

Jika hendak dibandingkan dengan ibadah lain, solat juga dilihat sangat istimewa kerana ia adalah antara ibadah yang wajib untuk kita berwudhu apabila mahu melakukannya.

Solat adalah tanda kepatuhan dan ketaatan hamba kepada ALLAH `Azza wa Jalla. Setiap pergerakan dan susun atur cara melakukannya telah ditetapkan oleh ALLAH melalui tunjuk ajar oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Cara melakukannya tidak boleh diubah dan dibuat sesuka hati. Ibarat pasukan beruniform yang dilihat gahnya pergerakan dan keseragaman mereka. Lihat sahaja ketaatan dan kepatuhan pasukan beruniform terhadap arahan komandernya. Nilai ini adalah satu nilai istimewa yang tidak ada pada orang biasa. Begitu jugalah dengan pergerakan, ketaatan dan kepatuhan kita di dalam solat.

Solat juga adalah doa. Dalam tadzkirah tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberitahu bahawa beliau selalu menekankan kepada rakyat negeri Kelantan bahawa apabila kita memerlukan pertolongan dan mempunyai hajat terhadap sesuatu, agar mintalah kepada ALLAH dengan cara mendirikan solat. Walau bagaimanapun, beliau menegur sebilangan tindakan orang ramai yang meminta orang lain tolong solatkan untuk hajatnya. Walhal, orang itulah yang sepatutnya yang bersungguh-sungguh bersolat dan meminta kepada ALLAH, bukan dengan mengupah orang lain.