Tuesday, March 6, 2012

Sepetang di Ibnu Soleh

3hb- Mac 2012 (Sabtu)
Maklang bersama sebahagian ahli BAKKAD berkesempatan mengunjungi Hakimi & Jazali di mana tempat mereka bersekolah. Madrasah Ibnu Soleh sebuah Pusat Tahfiz bertempat di Lancang. Berkunjung sekali ke sini buat hati terpaut dan ingin selalu mengunjungi. Tempat nih tidak lah gah dan mewah dari segi infrastruktur, tapi tat kali hadir disini ada satu perasaan tenteram, damai & tenang yang tak tahu nak gambarkan bagaimana.

Itu hanya perasaan si pengunjung biasa sahaja.. cuba kita bayangkan hati & jiwa mereka yang menghuni disini. Mereka datang menyerah diri tanpa paksaan dan jemputan. Mereka menghabiskan masa untuk menuntut Ilmu Allah. Disaat jiwa mereka belum lagi tercemar dengan tipu daya dunia dan mereka telah diPILIH oleh-NYA untuk menjadi penghuni disini. Apa yang menarik perhatian kami adalah dicatat di situ (banner bergantung) sebagai 'Kilang Taqwa'. Apa yang kita faham bahawa Madrasah ini sedang memproses & mentarbiyah jiwa yang mana produknya adalah pelajar-pelajar yang tinggi nilai taqwa di jiwa, itulah sasarannya.

Semasa kami berziarah di sini, dikhabarkan Jazali tidak ada di asrama kerana dia bersama Ustaz dan kawan-kawannya yang lain berprogram di kawasan sekitar Lancang. Elok kereta masuk dan parking di kawasan lapang berhampiran surau, si Hakimi keluar dari surau dan terus menuju kepada kami dengan mukanya yang berseri-seri. Jelas tergambar gembira dia bila bersua muka dengan maknya.. mungkin terungkai sudah rindu yang terpendam. Hujan lebat waktu tu memaksa kami berteduh di surau.

Dikesempatan yang sedikit Alhamdulillah kami sempat mendapat sedikit perkongsian ringkas oleh Ustaz Hakimi.. (InsyaAllah bakal ustaz)

Adakah Makcu begitu terpegun dengan apa yang disampaikan oleh anak sedarenya. Masa ni Hakimi berkongsi tentang Sunnah Rasulullah.

Barangkali 1 hari di Kampung(rumah aki & uwan) nanti Jazali dan Hakimi sudi berkongsi ilmu dengan kami. Banyak perkongsian yang bermanfaat yang kami perolehi dalam pertemuan yang sangat singkat itu. Gambar di atas kelihatan Paklang membelek-belek KITAB Pengajian berkaitan SOLAT & Pengurusan JIWA.

Apalah agaknya yang kusyuk sangat si Hakimi mengamati apa mak dia cakap tu.

Sebelum balik sempat kami merakam berposing-posing bersama. Uwan sangat rindu sebenarnya dengan cucu-cucu dia sebab tuh uwan yang tidak berapa gagah terus gagahkan diri untuk berziarah cucu dia yang sedang di medan ilmu.

Gambar di atas adalah kami yang datang berziarah, Makchek & Pakchek yang datang dari KL, bertemu janji di Tol Lancang. Makcu dari Kuala Lipis cuti berhujung minggu di rumah uwan juga meluangkan masa dalam program ziarah ini.
Kami balik dulu ye Hakimi, sampaikan salam untuk Jazali 'Assalamualaikum'. Doa dari kami moga kalian sentiasa sihat dan gembira di Madrasah Ibnu Soleh.

No comments:

Post a Comment