Wednesday, December 7, 2011

Dimana Syurgamu Wahai Suami?

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:

“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.

Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)

Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”

Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.

Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?

Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:

“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)

Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.

Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Sumber: http://www.ataphijau.com/

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Bertunang - Rasyidi

Seluruh ahli BAKKAD mengucapkan Happy Engagement (Selamat Bertunang) buat Rasyidi bin Baharin, majlis yang berlangsung di Jengka 5 pada 3/12/2011 yang lalu. Sebahagian besarnya ahli BAKKAD turut serta dalam rombongan tu bagi meraikan anak saudara yang seorang ini. Nampak gayenya Rasyidi lah pembuka tirai untuk geng cucu-cucu Aki yang nak bernikah kawen. Anda adalah pendahulu.

Tahniah diucapkan, Andai diizinkan Allah.. Insyaallah tak lama lagi kalian akan menyandang status suami isteri yang disatukan dalam ikatan pernikahan, moga ALLAH mengumpul kalian dalam keberkatan. Cumanya pesan daripada orang tua-tua sesungguhnya dalam era pertunangan ini memang banyak dugaannya.. dugaan dari segi emosinya, tak kurang juga dari sudut perasaannya. Maklumlah orang sedang hangat bercinta.. Rindu dan sayang menjadi semakin menggebu-gebu hingga pasangan itu bukan sahaja ingin bersatu dari segi perasaan namun juga fizikal. Mereka yang bercinta amat menginginkan kemesraan dan kedekatan fizikal.

Apapun.. Bernikahlah. Kemudian semarakkan cinta. Kerana ALLAH meletakkan keindahan dan kesempurnaan cinta itu di dalam sebuah ruang yang bernama pernikahan. Dalam pernikahan, cinta yang bermula dengan pandangan dan perasaan mampu disuburkan secara fitrah dengan perkataan dan perbuatan. Seluruh ahli BAKKAD turut serta mendoakan “Andai dalam pengetahuan ALLAH kalian berjodoh maka dekatkanlah jodoh kalian dan permudahkanlah urusanya”


Semasa perjalanan balik ke FJU rombongan kami sempat singgah santai di Gunung Senyum. Bukan main teruja kanak-kanak riang berlari kesana dan kemari, maklumlaa kawasan lapang gitu memang jadi kegemaran mereka.

Dikesempatan marilah kita renung2kan. sengaja penulis nak menepek Coretan ini ditujukan khas kepada kalian yang akan bernikah tak lama lagi, Moga menjadi tazkirah pada diri penulis sendiri (Maklang) dan kita semua seluruh ahli BAKKAD semua yang bergelar isteri dan suami dan yang bakal berumahtangga.

Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan

Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri

Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari

Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu..

Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah..

Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad

Kalian memikirkan perancangan berbulan madu

Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan

Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan

Duhai saudara,

Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin

Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesahTidak menghitung kebaikan pasangan

Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang

Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan tuhan

Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran tipis sangka baik

Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk

Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan

Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf

Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak

Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan

Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan

Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan

Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini

Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan

Bertahun kalian merancang pernikahan

Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan

Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan

Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan

Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan

Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan

Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran

Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman

Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan

Yang membara dengan kebencian

Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang

Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian

Pasti.. dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan

Pasti .. dengan melupakan tuhan, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan

Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik

Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah

Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan.. Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan...