Tuesday, December 28, 2010

Doa Kami

Ya ALLAH,

berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.

Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH,

perbaiki hubungan antara kami, Rukunkan antara hati-hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan, Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang Jadikan keluarga kami saudara muda yang menghormati orang tuanya

Dan saudara tua yang menyayangi saudara mudanya

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan

kekasaran terhadap sesama kami & hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH,

wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri

Wahai pengaman segala yang takut

Wahai penguat segala yang lemah

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak

Engkau Maha Tahu dan melihatnya


Ya ALLAH,

kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan- Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, kerana Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

“ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih”

Saturday, June 26, 2010

Hari pertunangan makchek elly - 29 may 2010



Alhamdulillah panjat kesyukuran pada Allah S.w.t, 29 May yang lalu satu majlis kenduri di adakan di jenderak utara, majlis pertunangan makchek elly dengan pilihan nya Mohamad Hairy Abdul Karim.(mat kery)

Alhamdulillah kesemua nya berjalan lancar. Terima kasih pada Warga bakkad sebab balik kampung untuk merayaikan nya..








Friday, June 25, 2010

Bingkisan Buat Ayah


Ayah,
sayang mu bukan pada pengucapan...
kasih mu bukan pada keseriusan....
faham kami bahawa cinta mu tiada ukuran walau
dikira tiada bilangan...
Kau memberi pada perbuatan...Kau
mengasihi pada keihklasan.
Cintamu terang bersinar dalam ketegasan mendidik kami erti
kekuatan.
Jika nakal gelagat anak-anakmu...marah pasti mengundang egomu
namun apinya amarah itu tidak pernah membara mengatasi paras kemanusiaanmu..
ketegasan mu benteng hidup kami dari pancaroba kerakusan dunia
engkaulah hero, engkaulah wira
dengan segala kekuatan dan tenaga melindungi zuriat mu seadanya kudratmu...
semoga engkau bahagia di dunia dan beroleh keberkatan sepanjang melalui sisa-sisa usiamu..
doa kami mengiringi mu dengan harapan mendapat restu darimu
Ya Allah, pintaku agar keluarga ini bahagia selalu...eratkan jalinan ini hingga ke firdausi...ameen



Monday, June 21, 2010

A.Y.A.H

Ayah..
Syukur kerana kami menjadi anak-anakmu..


Kami sangat bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan ADNAN BIN IBRAHIM sebagai AYAH kami yang telah banyak memberikan cahaya kepada kehidupan kami ini walaupun tiada pelita di tangannya.

Ayah...
pemberian kami kepada ayah bukannya harta bukan juga benda.. cuma ungkapan kata yang penuh rasa.
Ayah...
Doa kami untuk Ayah tiap saat tiap ketika, semoga sihat wal'afiat dan tenang sentosa..
Ayah...
Terlalu banyak pengorbanan dan pahit maung yang telah engkau tempuhi.
Telah terlalu banyak suka duka yang engkau lalui membesarkan kami 9 beradik
Telah terlalu banyak masa & tenaga engkau curahkan dalam memastikan perut kami sentiasa terisi.
Telah teramat banyak engkau menahan sakit & perit dalam melindungi kami dari hujan & panas, dari nyamuk & unggas.

Ayah...
Kasih & sayang yang engkau telah berikan tanpa rasa jemu walau sesaat
Nasihat & bimbingan yang engkau ungkapkan saban hari tanpa engkau lupa

semua...

dan semuanya adalah untuk kami... anak-anakmu.
Ya Allah Ya Rohim...
Kasihilah lelaki ini.. selamatkanlah lelaki ini.. sejahterakanlah lelaki ini.
Semoga lelaki ini sentiasa dirahmati..

Monday, May 10, 2010

Mak.... sayang sgt kat mak...


mak....
dalam selautan kasih....
tak kan ku terbalas walau setitik ikhlasmupada segunung rindumu tak mungkin terdaki walau sejengkal rindu kubetapa utuh setia mu mendidik 9 putera puteri mupenat jerih hanya berbekal tulang empat kerat....
membantu ayah menyara kami sekalian anak-anak mu....
marah mu bukan kerana letih...teguran mu bukan kerana benci...
tanpa sangsi semuanya hanya lah kerana kasih yang sejati tidak berbelah bagi
mak.....
hanya Allah yang tahu betapa sayang kami pada mu....
kerana kami tahu sayang mu terlalu agong tak kan terjangkau oleh ku
mak...
semoga kini mak bahagia disamping kami anak2 mu
semoga hidup mu ceria selalu...tenang dan sejahtera dalam rahmatNya..
semoga mak selalu ampuni kesalahan dan dosa kami...
redhai perjalanan hidup kami...
mak...
SAYA SAYANG MAK...
by Makcu

Sunday, January 24, 2010

Terima Kasih....

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum wrth..
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat usia..syukur masih diberi ruang untuk bernafas hingga ke hari ini..syukur yang tidak terhingga keranaNya aku masih disini...26 tahun aku melayari perjalanan hidup..

Seusia ini banyak jua telah aku lalui..rasa baru semalam aku berlajar berjalan..masih terbayang zaman kenakalan ku bermain bersama teman sepermainan..masih terngiang suara ayah, suara mak memanggil aku pulang...melewati senja baru sampai ke rumah..namun semuanya tinggal kenangan belaka....kenangan yang menjadi rencah menu kehidupan..
kini aku adalah aku...genap 26 tahun aku di sini..

Terima kasih buat insan yang sudi memberi penghargaan buat diri ini...Kak Mina (MakLang) yang bersusah payah menghidupkan blog BAKKAD.... yang menceriakan blog BAKKAD...
Terima kasih jua kepada semua ahli BAKKAD yang makcu sayangi..semoga kalian bahagia selalu hendaknya bersama dlm rahmat yang Esa...

Dan ucapan paling istimewa buat mak(saoma bt salleh) yang melahirkan makcu..membesarkan makcu hingga makcu seusia ini..dan tak pernah lupa pada ayah (adnan b ibrahim) yang selalu sabar melayan kerenah dan kedegilan makcu..sayang kalian dunia akhirat...

Semoga BAKKAD terus bersatu dan berkembang buat selama-lamanya..

Wednesday, January 20, 2010

Wishes on Your Birthday - MakCu

22-01-1984 - Detik Kelahiran anak bongsu untuk Aki & Uwan.. Dilahirkan di Hospital Mentakab melalu kaedah pembedahan.. "ishh makcu keluar ikut tingkap ke? patutlaaaaa....."
Lebih suku abad telah berlalu... Memang pantas sekali masa beredar. 26 tahun berlalu pergi seolah-olah baru semalam jer menyaksikan keletah makcu ketika zaman kanak-kanaknya di kampung.
MakCu ketika berusia 8 bulan
Norhidayah bt Adnan merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik beradik, Mak sedara kepada 17 orang anak buahnya yang sebahagiannya telah muda belia (hampir sebaya)
Seluruh warga BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-26thn buat MakCu. Semoga dipanjangkan umur beserta ketaatan kepada-NYA.. semoga MakCu.. dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki yang halal, dipermudahkan urusan serta mendapat lindungan daripada Yang Maha Kuasa. Syukur atas nikmat usia... nikmat kesihatan.. nikmat kehidupan juga Syukur tak terhingga masih dipinjamkan nafas untuk terus berada di alam ini.
26thn berlalu.. antara 2 zaman
BAKKAD mendoakan semoga MakCu berjaya dalam apa jua yang sedang diusahakannya serta semoga dipertemukan dengan Lelaki yang diredhai sebagai suami.
p/s : Yuran Bakkad jangan buat-buat lupe bayo yek.

Monday, January 18, 2010

Alhamdulillah Sihat

17hb Jan 2010- Uwan telah dimasukan ke wad, Hospital Sultan Hj. Ahmad Shah, Temerloh. Urusan pendaftaran kemasukan wad telah diuruskan diuruskan oleh Maklang (Jasminah Adnan) yang ditemani bersama PakLang dan Aki.
Uwan di tempatkan di Wad Kenanga 7, Tingkat 6. Alhamdulillah persekitaran wad yang sangat selesa dan layanan serta perkhidmatan yang telah diberikan oleh kakitangan yang bertugas juga amat menyenangkan. Bagi pihak BAKKAD mengucapkan sekalung ucapan Terima Kasih kepada semua kakitangan yang bertugas semoga khidmat bakti yang kalian curahkan mendapat keberkatan dari-NYA.
Senarai nama pesakit Wad Kenanga 7 pada 18/01/2010

Persekitaran Wad yang sangat selesa dan menenangkan.


Dimaklumkan arahan terbaru dari pihak pengurusan Hospital, Kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan memasuki ruang wad. Sian Hakimi hajat hati nak melawat Uwan tetapi dihalang oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas di ruang pintu utama. Takpe kan Kimi.. nanti jumpa Uwan kat rumah je.

18hb Uwan telah menjalani ujian untuk mengenal pasti kalau uwan mengidap apa-apa penyakit. Alhamdulillah laporan yang diterima keadaan Uwan normal. Di Wad Uwan ditemani oleh MakChek (Azlida Adnan) selama 2 hari 2 malam. Terima kasih kepada MakChek kerana telah mengambil cuti tahunan untuk menemani Uwan. (Semoga kesedian untuk menjaga emaknya itu mendapat ganjaran disisi-NYA).

Uwan semasa hari pertama di wad.. waktu ni uwan baru lepas kena cucuk lengan untuk ambil sampel darah.

Uwan semakin sihat.. Alhamdulillah...

Antara jiran yang melawat, terima kasih kepada semua makcik-makcik yang sudi datang berziarah.

Jiran tetangga yang perihatin.
Hari ni diberitakan Uwan telah dibenarkan balik.. semoga lepas ni uwan lebih sihat dan sentiasa cergas ceria.

Wednesday, January 6, 2010

Rasyidi bin Baharin.. Happy Birthday

8hb Januari 1987 - jam 9.14 malam, bertempat di Hospital Mentakab, Pahang.. Lahirlah putera sulong kepada Pak Ngah & Mak Ngah (Baharin Adnan + Norisah Pilus) dengan berat timbangan 2.6kg diberi nama Rasyidi. Merupakan cucu lelaki pertama dan cucu ke-2 drpd 17 orang cucu buat Aki & Uwan, juga merupakan Abang kepada 2 orang adik.

BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke-23thn buat Rasyidi. Selamat memasuki gerbang kedewasaan, selamat menempuh ujian hidup yang mendatang semoga sentiasa berpegang kuat kepada Tali ALLAH. Semoga menjadi Abang yang baik kepada adik-adiknya.. (termasuk adik sepupu), moga menjadi anak yang sentiasa mengembirakan kedua ibu bapanya, serta sentiasa beroleh kesejahteraan dunia akhirat.
p/s : WKT 8103 dah kuar... bila nak belanja makan?

Sunday, January 3, 2010

Selamat Ke Alam Persekolahan

Tahun 2010 - 2 orang cucu Aki & Uwan melangkah ke Alam Persekolahan iaitu Mohd Luqman Izzat bt Shamil & Siti Nur Aina bt Zainudin. Hari ini merupakan hari pertama mereka melangkah kaki ke Sekolah Rendah. Walaupun mereka sudah biasa ke sekolah dan telah memalui proses awal menghadiri sekolah, bangun awal setiap hari persekolahan sebelum ini.. tetapi hari ini dikatakan mereka punyai semangat yang luar biasa ketika bangun pagi tadi, mungkin kerana dalam diri mereka penuh semangat yang membuah-buak untuk melangkah kaki ke memasuki tahun 1.
Izzat ketika di dalam kelasnya.
Izzat bersekolah di Sek.Ren.Keb. Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor di tempatkan di Kelas 1 Harmoni. Macam tak pecaya pulak rasanya Izzat dah masuk sekolah... sebabnya baru saja Izzat potong kek sambut hari lahir ke-6thn bulan lepas. Apapun Izzat tetap nampak 'happy' dengan pengalaman barunya.


Aina dah bersedia
Siti Nur Aina pula bersekolah di Sek.Ren.Keb.Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan dalam kelas 1 Bestari. Aina juga seperti Izzat yang tidak sabar-sabar nak masuk sekolah.


Aina bersama Kak Longnya- Siti Nur Aishah (tahun 4)


Izzat semasa hari pendaftaran

BAKKAD mengucapkan selamat melangkah ke kaki tangga kejayaan buat kalian berdua. Belajar rajin-rajin tau.. kurangkan main-main... semoga menjadi anak yang bijak didunia dan akhirat. Dan yang paling penting lepas nih jangan gaduh-gaduh yekk... balik kampung nanti boleh belajar sama-sama.