Wednesday, August 26, 2009

Kucup Anak Setiap Hari


Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga. Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak. Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:


# Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.


# Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan.


# Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.


# Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.


# Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.


# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.


# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.


# Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.


# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.


# Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.


# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.


# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.


# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


# Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.


Tuesday, August 25, 2009

Moyang di Rumah Kita


Bila difikirkan semula terasa jugak macam kita nih kiranya boleh dikatakan bertuah jugaklah kan? sebabnya rumah kita menjadi pilihan Moyang (mak kepada uwan) untuk tinggal sementara bulan puasa nih dan berpuasa bersama-sama Aki & Uwan. Sekurang-kurangnya ada jugak peneman Aki & Uwan di Kampung.
Usia Moyang kita ni sebenarnaya dah mencecah 100 tahun itupun kalau ikut IC, tapi umur dia yang sebenar mungkin lebih daripada itu. Ikutkan memang dia sendiri dah tak mampu nak bepuasa tapi semangatnya sangat kuat.. nak jugak berpuasa walaupun dia sebenarnya berisiko dengan sakit gastriknya.
Satu perkara yang istimewa lagi tentang Moyang adalah dengan daya ingatannya... Alhamdulillah ALLAH izin ingatan Moyang masih kuat dan baik sekali.. Moyang boleh bercerita dan ingat semua cerita dan mungkin banyak kisah yang boleh kita gali dari dalam diri Moyang. 1 perkara mungkin kita boleh jadikan contoh tentang Moyang, Moyang sangat menjaga solatnya... solatnya diawal waktu. Walaupun matanya dah sangat kabur tapi Moyang masih mampu menguruskan dirinya sendiri.
InsyaALLAH panjang umur dan ada rezki nanti kita berhari raya bersama-sama.
Semoga Moyang diberi kesihatan dan kekuatan serta kesejahteraan dalam menjalani sisa-sisa kehidupannya ini. Dan kita selaku cucu dan cicitnya marilah kita membahagiakan Moyang sehingga ke hujung usianya.

Thursday, August 20, 2009

Dua Zaman

Dua orang sepupu yang sebaya, sama-sama membesar... sama-sama selalu kena marah ngan aki sbbnya suka sangat memanjat... sama-sama bersilat dan semuanya bersama. Kini kalian dah muda belia dan masing-masing dengan bidang masing-masing. Apapun walau dimana juga kalian berada dan apa juga bidang yang kalian ceburi... "sandarkan pada kenangan". he..he.. semoga hati-hati kita terus bertaut.

2 gambar ni kalau kita lihat memang 2 era yang sangat berbeza, rasanya kalau kita tak nengok dgn teliti sure kita tersalah orang. 1 era kanak-kanak dan yang 1 lagi era remaja. Terasa macam terlalu cepat masa berlalu.. Sekarang kalian dah muda belia, ingatlah pesan orang tua-tua ye, dimana sekali kalian berada, dana apa pun juga yang kalian lakukakan... ingatlah pesan Mak & Ayah. InsyaALLAH kalian sejahtera.

Sunday, August 16, 2009

Nostalgia Kome

Gambar yang ini memang dah lama tersimpan kat rumah MokDe, baru-baru Maklang gi rumah Mokde pinjam kejab then scan untuk ditepek kat dalam blog ni untuk tatapan semua walau dimana juga berada. Gambar diambil sekitar tahun 1977 (tak dpt tarikh sebenar). Cuma ada 7 beradik sahaja ketika itu.(Maklong-16thn, PakNgah-13thn, MoKDe-11thn, MakTeh-7thn, PakAnjang-5thn, PakAndak-3thn & Maklang-1thn) Aki & Uwan berhijrah daripada Kg. Kijang, Kerambit ke Tanah Rancangan Felda Jenderak Utara pada Dis 1976.
Yang ni gambar yang diambil sekitar 1978, masa ni MakLang kecik lagi baru dan Maklang lah anak paling bongsu ketika ini. Masa ni ada camera man berbangsa china yang selalu round masuk Jenderak Utara yang menawarkan khidmat foto, waa time ni memang masing-masing semua seronoklah.. almaklumlah nak begambo, masing-masing sibuklah mencari baju yang paling tercantik ketika tuh... kenangan sungguh. Zaman ni tak macam sekarang yang semua khidmat foto dihujung jaring semua orang.
Dalam loghat Temerloh 'kome' tuh maksudnya 'kami'.

Monday, August 10, 2009

Syukur Atas Nikmat Usia - Shazwi


Selamattttt
11/08/88-11/08/09
BAKKAD mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN buat SHAZWI BIN BAHARIN.
Kami doakan semoga Shazwi berjaya dalam cita-citanya, dipanjangkan umur dalam ketaatan terhadap-NYA, dimurahkan rezki dan semoga tabah dan sabar dalam menjalani usia muda yang kian mencabar dan tercabar.
Jaga diri baik-baik ye... Doa kami sentiasa bersamamu.

Tuesday, August 4, 2009

Tetamu Jauh

Ahad lepas, BAKKAD menerima tetamu istimewa yang datang dari jauh, kedatangan mereka sebenarnya sangat bermakna dan mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada. Walaupun kami sangat jarang bertemu namun kemesraan tetap terjalin.
Pagi-pagi lagi Maklang telah diamanah untuk ke pasar dan masak untuk dijamukan semasa makan tengahari nanti, dalam kepala jenuh memikir jugak apalah yang dihidangkan, maklumlah tetamu yang datang bukanlah dibesarkan dan dibiasakan makan dengan masakan cara kita makan.
Dan jam 12.00tgh hari semua menu siap dimasak, antara menu-menunya adalah, biasalah ikan patin masak tempoyak (menu wajib), ikan talapia bakar, daging masak kicap, sayur pucuk labu, ulaman + sambal budu dan tempoyak. ALhamdulillah menengokkan tetamu makan si tukang masak dah kenyang walaupun tak menjamah skit pun makanan. Tak sangka dorang makan semua apa yg kita dihidang. waaa selera lak tuh. Tapi yang kelakarnya bila dah siap makan ada satu lauk terlupa nak hidang... Ketam Nipah masak lemak CiliPadi.. YaALLAH... banyak sangat lauk gaknye sampai tak teperasan.
Selesai makan, sambil-sambil rehat kami tak lepas peluang untuk bercerita itu dan ini.. maklumlah bukan senang dan bersua muka kan.. kita dipisahkan oleh laut & benua...
Jam 4.00 petang dorang terpaksa pulang ke KL untuk program-program dorang yang lain. Masa berlalu cepat sangat, rasa macam baru aje dorang sampai.. sedar-sedar dorang dah nak balik. InsyaALLAH panjang umur kita bertemu lagi. Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami di Jenderak Utara.

6 jam menanti..

Semalam 4hb Ogos 2009. Uwan berjumpa Dr. Pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS),


Pagi-pagi lagi jam 7.30pg Maklang dah bawak Uwan keluar, Aki dan Hadi menjadi peneman yang setia. Sampai di kaunter pendaftaran jam 9.15. Jenuh jugak lah tunggu. Banyak proses yang kena lalui sebelum dapat berjumpa dengan Doktor Pakar. Masuk bilik sana.. amik no lagi, tunggu lagi dan amik no lain pulak..


Bila kita pergi ke Hospital, macam-macam kerenah orang yang kita boleh nampak, berbagai-bagai reaksi muka orang yang boleh kita tuntun. Tak kurang juga kita dapat tahu rupanya ramai orang yang berpenyakit. Insaf diri bila dengar, lihat dan cuba merasai masalah-masalah orang lain. Sememanganya kalau kita rasa kita bermasalah sebenarnya ada orang lebih lagi orang yang bermasalah berbanding kita. So.. kita perlu belajar untuk lebih mensyukuri betapa NIKMAT TUHAN yang diberikan kepada kita. Setiap manusia ALLAH uji dengan berbagai bentuk dan kisah.

Di sini juga memang kita berbanyak-banyak kena sabar untuk menunggu giliran. Bayangkan hampir 6jam Uwan menunggu, sampai tertidur-tidur dibuatnya... tapi Uwan cukup sabar sikit pun tidak merunggut & mengeluh.

Akhirnya jam 2.00 petang sampai giliran Uwan jumpa Doktor Pakar. Penat dan pening semasa menunggu terubat jugaklah atas layanan baik Doktor ni. Alhamdulillah hasil ujian darah dan sampel aritu, uwan ok semua clear takde masalah. Cuma Doktor cadangkan untuk uwan buat x-ray untuk dapatkan maklumat lebih detail pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Lepas semua selesai jam dah pukul 3.00 ptg, Aki dah tunggu kat bawah, kami pun terus balik, singgah di Benteng Temerloh untuk makan, Aki belanja. Memang sedap je makan perut tengah kosong.. dan lagi-lagi Aki belanja... Mekasih Aki...