Monday, June 11, 2012

Kunjung Ziarah



Jika anda inginkan ketenangan datanglah, ziarahlah, jenguklah tempat-tempat yang disebut sebagai Gudang Ilmu sebegini.. saya dah pun temui, anda?  bagaimana? masih tercari-cari?.. 


Alhamdulillah awal musim cuti persekolahan penggal yang lalu saya sekali lagi berkesempatan memandu untuk datang ziarah ke pusat gudang ilmu rohani di Ibnu Soleh, Kampung Sempadan Lanchang. Kedatangan kali ini agak meriah ditemani sanak saudara dan anak-anak buah. 

Tujuan program ziarah kali ini bukanlah ziarah semata-mata memandangkan ada dua orang putera Kak Long menjadi sebahagian daripada penuntut di sini tetapi kedatangan kali ini adalah untuk menghantar dua orang puteri Kak Shima mengikuti program anjuran Ibnu Soleh sempena musim cuti sekolah. 

Program Kem Penghayatan Solat yang diadakan selama 2 hari 3 malam khusus untuk murid sekolah rendah tahap dua. Tetapi apa yang membuatkan jiwa ini berasa kagum adalah kehadiran dan sambutan daripada orang ramai tentang program ini kerana ibu bapa yang hadir bukan sahaja menghantar anak-anak mereka yang berada dalam tahap dua malah ada yang masih terlalu kecil untuk mengikuti program sebegini yang memerlukan mereka berdikari sepanjang tempoh berada di sini. Namun semangat jitu ibu bapa menyokong dan menyuntik rasa minat anak-anak mereka ternyata bukanlah usaha yang sia-sia kerana anak-anak yang hadir semuanya kelihatan tenang dan gembira untuk bersama-sama berprogram.
Tetapi berbeza sedikit dengan riak wajah anak saudara ku Aina yang kelihatan agak gementar dan takut apabila sampai ke teratak ilmu itu. Awalnya dia bersama kakaknya sangat teruja dan bersemangat namun apabila menjejak kali ke Ibnu Soleh si adik mula berkerut dahi bergenang air mata. bisiknya pada si ibu 'Ma kak ngah tak nak pegi, alaa kak ngah takut' 
Namun dengan senyuman si ibu memujuk memberi semangat dan saya yang asyik memerhati gelagatnya sejak awal juga mencelah untuk memujuk dan menyakinkan dia tentang keseronokkan berada di Ibnu Soleh. Alhamdulillah atas pujukan dan kata-kata semangat Aina lebih bersemangat untuk sama-sama mengikuti kem berilmu ini.

Untuk Kak Long (Aisyah) dan Kak Ngah (Aina) jadikan program disini sebagai pengalaman yang sangat berharga dan yang lebih penting adalah pengisian disini adalah 1 pelajaran yang belum tentu kamu akan dapat di luar sana. Untuk Batrisyia & Izzat insyaallah ada rezeki lain kamu juga akan berpeluang berprogram disini. 


by : Makcu

No comments:

Post a Comment