Al-Fatihah... Bismillahirohmanirrohim...
Innalillahwainnailaihi rojiun.... Sungguh mengejutkan.. warga BAKKAD menerima berita kematian Moyang (Hjh Chik) suatu subuh yang hening dipagi Jumaat penghulu segala hari. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira jam 5 pagi 25/12/2009 bersamaan 8 Muharam 1431 di Hospital Kuala Lipis ketika berusia menjangkau 100 tahun.

.jpg)
Kenangan Shawal terakhir - Arwah bersama anak & menantunya
Seluruh warga BAKKAD terus bekejar ke Kg. Kerambit, Kuala Lipis sejurus menerima berita itu. Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul dan sebahagianya berpeluang untuk menyempurnakan jenazah arwah. Dimaklumkan arwah meninggal dunia selepas demam secara tiba-tiba semenjak waktu tengahari sehari sebelumnya (khamis). Melihat keadaan demamnya yang tidak berkurang arwah dibawa ke Hospita Kuala Lipis oleh anak cucunya.
Dikesempatan ini... marilah kita bersama-sama sentiasa mendoakan agar arwah tenang disana dan dirahmati oleh-NYA.
post terdahulu berkenaan arwah : http://jbakkad.blogspot.com/2009/08/moyang-di-rumah-kita.html
No comments:
Post a Comment