Rasanya masih belum terlambat BAKKAD mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-6 buat Mohd Luqman Izzat bin Shamil pada 19-Dis yang lalu dan buat Mohd Safri bin Hamzah(Abg De) ulangtahun yang ke-21 pada 28-Dis.

Buat Izzat, selamat melangkah ke alam persekolahan pada 4-Jan nanti.. dah darjah 1 si izzat ni.. rasa macam baru lagi Izzat jadi 'baby'. Mohd Luqman Izzat merupakan putera sulung dan anak ke-2 kepada pasangan Pak Anjang + Mak Anjang (Shamil Adnan + Norfadillaf Ali). Izzat dah semakin besar, semakin pandai tapi kadang-kadang kuat merajuk.
Buat Abg De, Salam maju jaya dalam pelajaran.. selamat berjuang dan teruskan perjuangan. Doa dari seluruh warga BAKKAD sentiasa mengiringi tiap detik perjalananmu. Buktikan bahawa anda mampu melaksanakanya dan menunaikan impian dua ibu bapa. Mohd Safri adalah anak ke-3 kepada pasangan MakLong + PakLong (Jamiah Adnan + Hamzah Mohamad).


izzat dah cekolah jgn merajuk2 lagi eh...nanti tak de kawan...corang2 jek
ReplyDeletecowang-cowang jek... - ayat izzat-
ReplyDelete