Monday, November 21, 2011

Kek 3 Bersaudara

3 Tahun dah berlalu..

Iman, Najmi & Fatihah.. rasa macam baru je lagi mereka dilahirkan, seperti baru semalam melihat mereka dibaluti lampin bila mereka tidur dan macam terngiang-ngiag lagi tangisan baby nangis.

Terlalu pantas masa berlalu.. Alhamdulillah diizinkan Allah beganjak lagi usia mereka untuk tahun yang ke-3

Petang tu, 22/10/2011 adalah petang yang sangat riuh rendah dirumah Aki & Uwan. Keriuhan ini tak lain tak bukan adalah kerana 3 bersaudara ini.

Majlis ringkas dan bersahaja diadakan sempena acara memotong dan makan kek untuk meraikan 3 saudara ini. Kek yang dibawa khas dari Kuantan semata-mata untuk membuatkan wajah 3 bersaudara ini teruja.

Mereka dilahirkan pada tarikh yang hampir sama, mereka sama membesar dan mereka masing-masing mempunyai keletah dan kerenah yang tersendiri.

Kehadiran mereka di rumah Aki & Uwan di FJU memang sentiasa membuatkan suasana menjadi ceria dan meriah.

Iman dengan kerenah yang 'selambe & bersahaja' Najmi dengan style yang 'rileks n cool' dan Fatihah terkenal dengan sikap 'berani'nya. Kadang-kadang elok main bersama tapi dalam sekelip mata bergaduh la plak, biasalah budak-budak.

Istimewanya 3 bersaudara ini dilahirkan sebagai anak ke-3. Dimulai dengan Iman lahir pada 22/10/2008 sebagai anak lelaki tunggal kepada Pakteh & Makteh (Zainudin Zainal + Wasimah bt Adnan). Najmi lahir pada 21/11/2008 anak ke-3 kepada Pak Anjang & Mak Anjang (Shamil Adnan & Norfadhilaf Ali). Manakala Fatihah pula dilahirkan seminggu selepas itu iaitu pada 27/11/2008 juga sebagai anak ke-3 kepada MokDer + PokDer (Kasmiah Adnan + Hamdan Abdullah)

Meh kita tengok gambar mereka, masing-masing teruja dengan kek dan tak sabar-sabar nak makan. Memang bebaloi-baloi pihak yang menaja kek tu kerana mereka makan dengan lahapnya.

Kepada 3 bersaudara ini, Iman-Najmi-Fatihah.
Maklang doakan moga kalian membesarkan dengan sihatnya dan moga kalian menjadi anak yang soleh & mosleh.

Hargailah silaturrohim yang terjalin ini, jadikan kenangan kalian semasa kanak-kanak ini sebagai pengikat kasih kalian dalam bersaudara apabila kalian telah dewasa kelak.

Dan.. pastinya saat berkumpul di rumah Aki & Uwan di kampung adalah kenangan yang paling manis yang kalian akan kenang dimasa akan datang.

Seterusnya kalianlah pewaris BAKKAD suatu hari nanti. Peliharalah Silaturrohim ini sampai hujung nyawa.

No comments:

Post a Comment