Monday, April 9, 2012

Al-Fatihah untuk Hajah Lijah binti Hj. Saleh

Sabtu - 7hb April 2012

Sebelah paginya sempat Maklang dan beberapa lagi ahli BAKKAD yang lain  menziarahi arwah yang pada ketika itu masih ada hayatnya lagi. Sebelah petang hari yang sama Hajah Lijah binti Haji Saleh telah dijemput pulang untuk mengadap Maha Pencipta sekitar jam 5.40 minit petang. Urusan jenazah  telah disempurnakan oleh anak serta cucu arwah dan dikebumikan di Felda Jenderak Selatan.

Arwah ialah Kakak sulong kepada Saoma binti Saleh (Mak). Dikatakan usia arwah telah menjangkau 80 tahun saat pulang kepada-NYA. Arwah dimesrai dengan panggilan 'Makwe' memandangkan beliau  merupakan anak sulong dalam adik beradiknya. Beliau meninggalkan 5 orang anak, bepuluh orang cucu dan berbelas orang cicit.

Saya menyeru kepada diri sendiri dan selurih ahli BAKKAD bahawa kita sentiasa perlu ada ada dalam hati bahawa, Kepada-NYA kita datang dan kepada-NYA juga kita  akan dikembalikan. Tinggal lagi bila kita dikembalikan, dimana kita dikebumikan dan bagaimana saat  kita di panggil pulang itu semua rahsia ALLAH. Mati bila-bila masa boleh tiba jangan pula sampai kita ni sentiasa leka dan lupa nak bersedia. nauzubillah. 

Mengambil peringatan dan pengajaran pada setiap peristiwa kematian keluarga terhampir membuatkan kita sendiri terasa makin dekat juga untuk ke SANA. Disaat kita dijemput pulang tiada apa-apa yang perlu kita nak bawa balik melainkan hanya amalan-amalan yang kita lakukakan ketika ada hayat didunia.
Seluruh ahli BAKKAD mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga arwah, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para solihin. Mohon maaf kerana ada diantara ahli BAKKAD yang tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazahnya. Apapun doa daripada kami akan sentiasa mengiringi arwah. Gambar di atas dirakamkan ketika program ziarah BAKKAD ke kampung Kerambit pada tahun 2006 yang lalu. Arwah makwe bediri 2 dari kiri dan bediri paling tepi sebelah kanan adalah anak bongsunya yang kami kenali sebagai kak Sakinah.

Sekian..

Ikhlas : Maklang
 

No comments:

Post a Comment