Thursday, April 19, 2012

Logo Rasmi BAKKAD

Assalamualaikum wbt.

Sebelum melanjutkan cerita & kisah tentang Logo Rasmi BAKKAD, dikesempatan ini terlebih dahulu seluruh warga BAKKAD nak mengucapkan jutaan terima kasih dan seribu penghargaan buat saudara sepupu iaitu Mohd Supian bin Mustafa atas kesudian untuk menyumbang ideal & kepakaran dalam merekacipta Logo Rasmi BAKKAD. Kalu kita lihat berbagai versi yang beliau reka dan paparkan kepada kita  untuk kita pilih yang mana satu berkenan dihati. 

Secara ringkasnya Mohd Supi atau lebih mesra dengan pangilan 'supi' sedang mengembang giat akan syarikat miliknya sendiri dalam bidang rekacipta. Mosumart Design itulah nama yang diberi.. maksud nama tuh kenalah bertanya pada tuan punya syarikat itu sendiri.

Terbaru beliau telah mencadangkan 3 lagi logo untuk kita buat pilihan. Setelah dibuat tinjauan rata-rata ahli BAKKAD berkenan yang berbentuk bulat  (gambar tengah).
Jadi rasmilah bahawa Logo Bakkad adalah seperti gambar yang di atas. Kalau kita perhatikan tulisan bakkad menggunakan huruf kecil direka dan digayakan sebagai bentuk kubah dapat memaknakan tentang sebuah kesatuan atau kebersamaan sesuai dengan matlamat BAKKAD itu sendiri.

Jadi kepada semua ahli BAKKAD marikalah kita sama-sama berusaha memelihara keindahan silaturrohim yang sedia terjalin ini dan sentiasalah kita berdoa kepada Allah SWT, mohon agar hati-hati tetap teguh terikat dalam apa pun jua  keadaan dan situasi adanya kita. Aminnn 

Coretan : Maklang
 

No comments:

Post a Comment