Tuesday, February 7, 2012

Musibah Menjemput Muhasabah

Bismillah...

Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan :

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk (al Baqarah : 156 – 157)

5hb Feb 2012 - BAKKAD dikejutkan dengan berita kemalangan Angah (Mohamad Noh Riduan bin Hamzah). Dikatakan Angah jatuh motor akibat hilang kawalan atau dengan kata lain dia terbabas tercampak ke bahu jalan lalu pengsan. Maklang dapat berita daripada MakCu melalaui pangilan telefon pada sebelah petang hari yang sama. Ya Allah… rasa nak gugur jantung ni.. spontan perkataan yang terucap “Ya Allah pinjamkanlah kepadanya kekuatan dalam dia menghadapi ujian-MU ini”

Makchek & Pakchek yang di Balakong apabila diberitahu terus ke Hospital Seremban. Maklumat yang diterima daripada Makchek keadaan angah Alhamdulillah ok cuma dia tercedera di bahagian tulang tengkok ada sikit retak disitu.

Boleh kita anggap yang berlaku ni adalah musibah, yang mana musibah sekiranya kita lihat daripada sudut positif maka ianya akan menjadi sebuah anugerah. Musibah juga menjemput Angah dan kita yang lain untuk bermuhasabah. Angah sedang diuji, Mak Abahnya juga sedang diduga. Pastinya setiap dugaan yang mendatangi disertai dengan hikmah dan rahmat dariNya. Yakinlahhhh!!

Ujian tetap juga terjadi kerana itu telah ditakdirkan oleh Allah. Sesungguhnya memang kita layak diuji tinggal lagi ujian yang bagaimana itu mungkin berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Andai kita bersabar dengan musibah, ujian dan dugaan yang Allah bagi maka untunglah kita tapi andai kita mengeluh dan mula menunding jari kepada pihak lain atas musibah yang menimpa maka rugilah kita. Sesungguhnya musibah juga sebagai tarbiyah kepada diri. Ujian, satu kemestian dalam hidup. Satu sunnatullah yang menjadi ketetapan Allah buat semua hambaNya. Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Musibah yang menimpa, jelas dan terang dapat diterima oleh hambaNya yang beriman sebagai satu ujian Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat hambaNya atau buat jalan memberi pahala. Ada juga antara kita yang diuji dengan nikmat.

Sesungguhnya nikmat juga adalah ujian yang sering terleka oleh manusia untuk diterimanya sebagai ujian yang datang menguji keimanan, tetapi sering dianggap hanya sebagai limpah kurnia Allah dek kerana sayangnya Allah pada kita. Maka kita selalu lalai dengan nikmat.

Angah..

Bersabarlah wahai anak, terimalah ujian ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan serta kesabaran dan Allah nak tengok cara kita mengendalikan ujian yang menimpa. Angah kena sentiasa melihat dan rasa dalam hati tiap yang berlaku itu sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap diri. Allah jentik sikit jek ni Ngahhh… mungkin dengan rasa teruji ini Angah menjadi lebih DEKAT kepada-NYA, angah jadi lebih rapat dengan keluarga yang semuanya sayang dengan Angah.

Angah…

Redhalah dengan dugaan ini sebagai tanda kasih sayang Allah, pasti kita akan belek-belek di mana hikmah yang tersembunyi. Tapi, kalau kita hanya melihat sebagai musibah semata-mata, atau sebagai satu hukuman, maka denda dan hukuman lah jadinya atas kita yang menerima. Sesungguhnya, Allah itu sebagaimana yang kita sangka akan Dia. Jangan terlalu melayani kehendak @ perasaan sedih ye Angah., tapi cuba kuatkan semangat dan sentiasa bermujahadah mengingatkan akan hikmahnya...insyaAllah.

"Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya" HR Bukhari & Muslim

Tidak kita nafikan, Mungkin sebelum-sebelum ni ada kesilapan & sedikit kekhilafan yang dah kita lakukan, biasalah kita ni manusia biasa tak lari daripada berbuat silap. Anggaplah musibah yang Allah bagi ni sebagai tarbiyah dan sebagai penghapus dosa. Kita jadikan ujian dan dugaan ini sebagai teguran daripada Allah Ta’ala untuk kita menyemak balik diri kita. Sebab selagi kita tidak diuji maka kita tak tahu tahap kemampuan diri kita dan kita tak mampu ukur indeks kesabaran diri kita sendiri.

Dan tak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga BAKKAD bahawa kita juga sedang diuji. Ujian kita mungkin Allah nak nilai “bagaimana sikap kita, bagaimana tindakan kita, dan bagaimana penerimaan kita” terhadap dugaan yang sedang menimpa diri saudara kita ini.

Semoga usaha-usaha dan sumbangan sesetengah dari kalangan kita selama ini ada NILAI disisi Allah. Moga Allah jaga hati-hati kita, mohon Allah kukuhkan ikatan antara hati-hati kita kerana kelak Allah tetap akan menguji kita, sejauh mana kebenaran lafaz kita dengan tindakan kita pulak, bila kita diuji dengan benda yang serupa. Marilah kita panjatkan doa kehadrat Ilahi..

“Ya Allah berilah kesembuhan kepada saudaraku Mohamad Noh Rauduan ini andai kesembuhan itu baik baginya”

Wallahualam…

Ikhlas dari Maklang



4 comments:

  1. terlalu halus sentuhan Allah....lembut menyapa hati-hati insani yang Dia sayangi...
    betapa apapun sekali seseorang hamba itu sedikitpun bukan dengan ada benci padaNYA..
    pengajaranNYA, teguranNYA hanya sekelumit dari apa yang hamba-hambaNYA fikir ia adalah beban yang maha berat...pada setiap musibah, pada setiap keburukkan...semuanya hanyalah "perkataan" yang direka manusia sendiri...musiabah itu hikmah...disebalik hikmah itu pengajaran dan peringatan kpd kita dan insan-insan sekeliling kita....


    betapa kita perlu bersyukur krn kita masih beruntung dan bertuah hanya diuji sedikit dari yang banyak...tetapi masih kita menghamun, memaki, mengeji, mengeluh tanpa mengucap rasa syukur...
    penulis hanya ingin mengajak diri penulis muhasabah dan pembaca sekalian berfikir tentang setiap kejadian sebenarnya terkandung 1001 hikmah yang amat bernilai...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah Ya Tuhanku.. janganlah Engkau beri kesempatan Syaitan merosak kesabaran, harapan dan tawakkalku kepada-MU

    ReplyDelete
  3. mungkin care itu Allah nak kejut kan dier dari lena yg yang amat panjang..moga Allah merahmati nyer..hanye Allah saje yang tau isi hatinyer..itu rahsiaNya.kiter hanyer mampu berusaha berdoa bertawakal kpdNya...

    ReplyDelete
  4. moga kita sentiasa memupuk pengharapan kepada ALLAH.. dan kita nak kena rasa dalam hati kebergantungan kita kepada ALLAH...
    wallahualam

    ReplyDelete