Sunday, February 19, 2012

Kebaikan Membawa Ganjaran Berlipat Ganda

Kebaikan Membawa Ganjaran Berlipat Ganda

Hadith:

Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib RA daripada Rasulullah SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya (Hadith Qudsi) Allah SWT sabdanya : “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatitkan untuknya satu dosa.”


Huraian Hadith:

1. Setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan mendapat ganjaran atau balasan (pahala atau dosa)


2. .Sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda bermula daripada sepuluh kali ganda hingga 700 atau lebih.


3. Orang yang berniat hendak mengerjakan kebajikan tetapi tidak dapat dilakukannya, dia akan mendapat balasan satu pahala kebaikan sebaliknya sesiapa yang berniat hendak melakukan kejahatan tetapi tidak dilakukannya kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan dosa malah diberi pahala.

4. Tiap-tiap kejahatan yang dilakukan dicatatkan balasannya satu kejahatan sahaja.

* Allahumma, Engkau ada Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.Aminnnn Ya Robb

No comments:

Post a Comment